“Saya rasa seperti bermimpi. Sebaik majlis selesai, saya bersyukur
segala-galanya selamat. Saya gembira segala-galanya berjalan lancar,”
kegembiraan itu diluahkan oleh Liyana binti Dato’ Haji Jasmay sebaik
selesai majlis pernikahannya bersama Fathuddin bin Mazlan pada 2
Februari lalu.
Dilanda kontroversi dua minggu sebelum majlis pernikahan tidak sedikit
pun menghalang kemeriahan per kahwinan pelakon dan penyanyi genit ber
nama Liyana Jasmay dan suami ter cinta. Kehadiran kaum keluarga rapat
dan sahabat handal dari kedua-dua belah pihak melengkapkan hari yang
penuh bermakna bagi pasangan yang pernah bergelar jiran sebelum
kedua-duanya bertukar menjadi pasangan kekasih.
Liyana dan Fathuddin telah diijabkabul kan sendiri oleh bapa Liyana
iaitu Dato’ Haji Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar
Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Sahirman Ahmad. Dengan dua kali lafaz, Liyana, 25 tahun, sah bergelar
isteri kepada Fathuddin, 29 tahun. Pengantin perempuan menerima seutas
gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran
sebanyak RM28,388 yang diambil sempena dengan tarikh lahir Liyana iaitu
pada 28 Mac 1988.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan
dibalas tujuh dulang oleh pihak lelaki. Antara hantaran daripada pihak
lelaki adalah dulang berisi tepak sirih, seutas gelang emas (mas
kahwin), sebuah tas tangan, wang hantaran dalam bentuk cek, dan set
perhiasan yang terdiri daripada seutas rantai, sebentuk cincin dan
sepasang anting-anting. Pihak perempuan membalas dengan memberi dulang
berisi tepak sirih, seutas jam tangan, sebentuk cincin, sepasang kasut,
sebuah dompet, sebiji kek dan sebakul buah-buahan.
Apa yang menariknya sebelum majlis ijab kabul dilaksanakan dan
sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki, wakil-wakil daripada kedua
belah pihak telah meng hangatkan suasana dengan upacara berbalas
pantun.
Tiada Syarat Dari Suami
Usai majlis pernikahan, Liyana kelihatan gembira di samping suami tercinta. Meng gaya kan busana pengantin putih rekaan Jovian Mandagie, dia kelihatan tenang menjawab soalan daripada pihak media yang mengutarakan pelbagai soalan ber kaitan kehidupannya selepas sah bergelar isteri.
Dalam sidang media itu, pelakon filem Papadom dan KAMI the Movie ini
mengakui dia dan suami sememangnya punya banyak perbezaan tapi itu
bukanlah halangan bagi keduanya untuk melayari bahtera rumah tangga.
“Sebagai seorang individu, kami berbeza. Tetapi kami melengkapkan diri
masing-masing. Pada mulanya saya tidak faham perkara ini. Tetapi apabila
kami sudah saling kenal-mengenali barulah saya memahami bahawa dia ada
kekurangan dan kelebihannya. Saya cintakan kekurangan dan kelebihannya
itu,” kata Liyana sambil menjelaskan suaminya tidak meletakkan syarat
untuknya meneruskan bidang lakonan namun sebagai isteri dia terlebih
dahulu akan meminta keizinan suami terlebih dahulu.
Menyentuh tentang kehadiran cahaya mata, pasangan ini sepakat mahu
hidup berdua terlebih dahulu. Namun ujar Liyana dia dan suami bagaimana
pun tidak menolak jika dikurniakan rezeki lebih awal.
Bakal berangkat ke New York selepas majlis resepsi kata pelakon
berlesung pipit ini dia ke sana bukanlah untuk berbulan madu sebaliknya
untuk menjalani penggambaran di sana.
“Selain New York, kami akan singgah di London dan menghabiskan masa
beberapa hari di sana. Kata Fathuddin, itu bukan bulan madu. Apabila
kami balik ke Sabah, barulah kami akan berbulan madu. Mungkin kami akan
pilih resort di pulau yang terdapat di Sabah,” ujar pelakon genit ini
yang akan mengikut suaminya yang bertugas di Sabah. Namun apabila
keadaan memerlukan, dia akan berulang-alik antara Sabah dan Kuala
Lumpur.
Dugaan Tuhan
Baik Liyana mahupun Fathuddin tidak dapat lari daripada soalan mengenai kontroversi yang tercetus berhubung gambar pra-perkahwinan mereka yang tersebar sebelum majlis perkahwinan sebenar dilangsungkan. Namun keduanya tidak mahu mengulas lagi mengenai perkara tersebut.
“Saya sudah lama berada dalam industri ini. Sejak umur saya sembilan
tahun. Kontroversi ini hanya sementara. Nanti pasti orang akan lupa.
Saya sudah terlalu biasa dengan gosip dan kontroversi yang akan datang
dan pergi.
“Saya ada jelaskan kepada Fathuddin tentang lumrah kehidupan artis ini.
Sejak berada dalam industri, saya tak pernah dilanda kontroversi cuma
ini sekali ini saja itu pun sebelum kahwin. Mungkin Tuhan mahu menguji
kami. Jadi kami menghadapinya dengan tenang,” ujar Liyana sambil diakui
oleh suaminya.
“Sebenarnya saya tidak tahu tentang perkara ini sehinggalah ada rakan
menghubungi saya memberitahu mengenai perkara tersebut. Saya tidak ambil
tahu. Saya hanya tumpukan pada persiapan majlis perkahwinan kami,” kata
Fathudin tenang.
Ringkas Tapi Meriah
Selepas pernikahan, majlis resepsi pasangan ini berlangsung dalam suasana ringkas pada malam harinya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghimpunkan hampir 1000 tetamu.
Selepas pernikahan, majlis resepsi pasangan ini berlangsung dalam suasana ringkas pada malam harinya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghimpunkan hampir 1000 tetamu.
Sebagaimana di majlis pernikahan, tetamu yang hadir dalam majlis
resepsi turut diperdengarkan dengan lagu nyanyian Liyana Jujur dan Cinta
Bersatu. Malah setiap tetamu yang hadir juga turut diberikan sekeping
cakera padat album Liyana Jasmay.
Berkonsepkan ‘Old Hollywood Glam’, majlis yang penuh meriah ini turut
dihadiri oleh selebriti tempatan, selain sanak-saudara dan rakan-taulan.
Tetamu kehormat yang hadir terdiri daripada Yang Amat Mulia Tunku
Puteri, Tunku Dato’ Seri Jawahir Almarhum Tuanku Jaafar, Datuk Dr. Abd
Latif Ahmad dan isteri, serta Yang Berbahagia Tan Sri Yusuf Nor dan
isteri.
Antara selebriti yang hadir ialah, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya,
Farid Kamil, Nur Fazura, Lisa Surihani bersama Yusri, Marsha, Sharifah
Sakinah, Shidee Ishak bersama Vanida Imran dan anak-anak, Umie Aida dan
suami, Eja, Norman (KRU) bersama isteri, Tam Suhaimi, NasT, Zain
Raffedge dan isteri, Dira Abu Zahar, Ana Dahlia, Farish, Sofea Jane,
Erma Fatima dan ramai lagi.
Dalam majlis ini Liyana yang dirias oleh Deq Sha anggun mengenakan gaun
labuh berona putih sementara suaminya Fatuddin segak bersut tuxedo
hitam. Selain itu pengantin perempuan turut menggayakan gaun ilham
pereka terkenal Jovian Mandagie selain Rizman Ruzaini.
No comments:
Post a Comment