Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

Stail Sempurna Srikandi Cinta

tip fesyen

POLOS
Jarang-jarang seorang pengantin ingin tampil polos pada kala hari bahagia mereka. Namun pilihan fabrik dan rekaan yang tepat boleh menimbulkan satu penyataan yang cukup classy. Bayangkan anda melangkah dengan sepasang gaun polos tanpa sebarang perincian namun bertemankan rekaan yang moden dan juga aksesori gempak! Sedikit sebanyak tampilan nampak bersahaja dan kejelitaan sebenar menyerlah laksana dewi kayangan. Cuba lihat gaya rekaan gaun potongan toga Carolina Herrera dalam rona Champagne, menarik bukan?
 
EMAS
Rona mewah ini sememangnya sinonim dengan perkahwinan Melayu. Selain tampak mewah, rona ini sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja tidak kira warna kulit. Sewaktu pemilihan busana dan juga aksesori berona mewah ini, para pengantin haruslah mengambil kira potongan pakaian dan juga saiz aksesori yang digayakan. Contohnya jika fabrik busana sudah berhias batu-batuan yang begitu mewah, aksesori yang dikenakan seperti rantai, anting-anting, gelang dan kasut pula haruslah lebih ringkas namun masih dalam rona sekata. Bila lagi anda hendak bersepuh emas kalau bukan pada hari bahagia anda.

No comments:

Post a Comment