Search This Blog

Saturday, April 20, 2013

Kanak-kanak maut dirempuh kereta unit pengiring polis

Takziah kepada keluarga mangsa, buat anggota polis dan pemandu lain tolong la jangan pecut kereta laju sangat, melainkan korang tengah racing kat Litar Sepang. - Admin :)
Tragedi :Kanak-kanak maut dirempuh kereta unit pengiring polis

KANGAR – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta unit pengiring polis di Kilometer 4 Jalan Kaki Bukit di Kampung Salang, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Mohd Akmal Daniel, 11, dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas bermain hoki di sekolahnya sebagai persediaan untuk bertanding di peringkat negeri.

Bapanya, Che Azmi Che Ani, 37, berkata, anaknya memang aktif bersukan dan kebiasaannya dia minta untuk pergi sendiri ke sekolah pada waktu petang.

“Melainkan sesi persekolahan pada waktu pagi, saya yang hantar dan ambilnya dari sekolah.

“Akmal selalu sebut dia nak ke Melaka sebab ada pertandingan hoki di sana bersama 10 rakannya yang terlibat.

Promosi Menarik Di Bawah : “Jadi, setiap petang dia perlu ke sekolah untuk menjalani latihan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sepupunya, Nor Mardiana Mohd Noor, 27, berkata, dia tidak menyangka kerana baru sahaja berjumpa dengan mangsa sebelum kejadian.

“Saya terkejut apabila dikhabarkan dengan berita kemalangan ini kerana baru sahaja bertemu dengannya waktu makan tengah hari sambil bergurau dengannya.

“Biasanya, saya akan memeluknya sebelum ke sekolah memandang dia seorang kanak-kanak yang manja tetapi, pada hari kejadian saya terasa berat untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang apabila pemandu unit kenderaan unit pengiring polis dari arah Beseri ke Kangar tidak sempat mengelak mangsa yang
sedang melintas jalan menaiki basikal.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.-Sinar Harian Online

<3 @[507109316017712:274:Shaheizy Sam Fan Club] <3
Tragedi :Kanak-kanak maut dirempuh kereta unit pengiring polis

KANGAR – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta unit pengiring polis di Kilometer 4 Jalan Kaki Bukit di Kampung Salang, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Mohd Akmal Daniel, 11, dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas bermain hoki di sekolahnya sebagai persediaan untuk bertanding di peringkat negeri.

Bapanya, Che Azmi Che Ani, 37, berkata, anaknya memang aktif bersukan dan kebiasaannya dia minta untuk pergi sendiri ke sekolah pada waktu petang.

“Melainkan sesi persekolahan pada waktu pagi, saya yang hantar dan ambilnya dari sekolah.

“Akmal selalu sebut dia nak ke Melaka sebab ada pertandingan hoki di sana bersama 10 rakannya yang terlibat.

Promosi Menarik Di Bawah : “Jadi, setiap petang dia perlu ke sekolah untuk menjalani latihan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sepupunya, Nor Mardiana Mohd Noor, 27, berkata, dia tidak menyangka kerana baru sahaja berjumpa dengan mangsa sebelum kejadian.

“Saya terkejut apabila dikhabarkan dengan berita kemalangan ini kerana baru sahaja bertemu dengannya waktu makan tengah hari sambil bergurau dengannya.

“Biasanya, saya akan memeluknya sebelum ke sekolah memandang dia seorang kanak-kanak yang manja tetapi, pada hari kejadian saya terasa berat untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang apabila pemandu unit kenderaan unit pengiring polis dari arah Beseri ke Kangar tidak sempat mengelak mangsa yang
sedang melintas jalan menaiki basikal.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.-Sinar Harian Online

Menjelang hari Perkahwinan Beego & Linda Hashim

Orang Pertama Terima Jemputan

Beego & Linda Hashim
Pasangan kekasih Beego dan Linda Hashim yang bakal diijabkabulkan pada 6 Jun depan telah mula mengedar kad jemputan majlis istimewa mereka itu. Dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu pertama menerima kad undangan perkahwinan mereka.
Beego telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
Walaupun berasa gementar ketika bertentang empat mata dengan pemimpin negara itu, namun dia benar-benar berharap Datuk Seri Najib dapat hadir ke majlisnya nanti.
Bertunang pada 3 November 2012, pasangan ini akan bernikah pada 6 Jun 2013. Manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian.
Menurut Beego, tindakannya menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Najib berlaku secara spontan dan dia tidak berasa gementar untuk bertentang empat mata dengan beliau.
Malah Beego turut memuji keperibadian Najib yang mudah didekati.
Sementara itu mengenai persiapan perkahwinannya kata Beego, banyak perkara berjaya diuruskan namun hanya tinggal beberapa urusan kecil yang perlu dilakukan kira-kira dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung.







"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya.
Tambah Beego, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.
"Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga," jelasnya.
Dalam perkembangan lain Beego masih sibuk menyelesaikan beberapa projek lakonan yang telah diterimanya sebelum bercuti untuk berkahwin.

Wednesday, April 17, 2013

Gambar Comel Anak Johan Dan Ozlynn [7 gambar]

Gambar Comel Anak Johan Dan Ozlynn [7 gambar]

Gambar Comel Anak Johan Dan Ozlynn

Di sebalik imej kelakarnya, Johan Raja Lawak ternyata merupakan seorang bapa yang amat penyayang kepada tiga orang anaknya.
Hasil perkahwinannya dengan pelakon Ozlynnwaty, mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh, dua tahun dan tiga bulan.
Di sini disertakan gambar-gambar Johan bersama anak ketiganya.  Nampak penyayang kan Johan.
Untung Ozlynn dapat suami yang rajin membantunya dalam penjagaan anak selain Johan sendiri merupakan seorang yang kelakar dan mudah membuat orang ramai ketawa dengan lawaknya yang spontan dan tersendiri.
1
2
3
4
5
6
Oleh:  AUDREY LEE

Monday, March 11, 2013

Panduan Berdamai Suami Isteri

Panduan Berdamai Suami Isteri




Panduan Berdamai Suami Isteri
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Apa Pula Suami Isteri Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih Baru Teguh Peribadi Apa Guna Kita Bertengkar Suami Isteri Harus Bersabar Kasih Sayang Rukun Dan Damai Hidup Seperti Dalam Mahligai Maaf Hamba Wahai Dinda ……
Bait-bait lagu dendangan P. Ramlee dan Saloma ini cukup menarik untuk dihayati. Begitulah diibaratkan dengan hubungan suami isteri, walau seteguh mana cinta dan kasih antara pasangan, pasti sesekali berlaku konflik yang tidak diingini.
Kadang-kadang ia berpunca daripada suami, dan kadang-kadang ia berpunca daripada isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua pihak. Mencari siapa bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dengan masalah dan kembali berdamai.
Namun mengungkapkan kata damai cukup mudah dilontarkan, tetapi sebenarnya memerlukan pengertian kemaafan yang mendalam. Ada sesetengahnya sukar mendidik diri menjadi pemaaf, pun begitu ada panduan yang perlu dipraktiskan dalam membina kerukunan berumah tangga.
1. Jangan Merajuk
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan perhubungan. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah proses berdamai dapat dilakukan.
2. Jangan Menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses berbaik.
3. Jangan Berdusta Jika Di Dalam Hati Anda Atau Pasangan Ingin Berdamai, Jangan Dustainya.
Tidak perlulah pura-pura tarik harga atau jual mahal. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Bimbang nanti dia menyangka anda betul-betul tidak sudi memaafkannya dan akibatnya dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
4. Jangan Mencari Salah
Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah dan kelemahan pasangan. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur dan mengkritik. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian, alangkah baiknya jika mencari kebaikan yang ada di dalam diri pasangan untuk dihargai.
5. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu terjadi.
6. Senyum Semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi senyumlah, kerana senyuman ialah cara yang terbaik untuk memulakan perhubungan yang telah tegang menjadi mesra.
7. Mulakan Berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing ada keegoan sendiri. Oleh itu, tidak salah kiranya jika anda yang memulakan berdamai demi kebaikan bersama.
8. Kenal Pasti Punca Masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-un

Apabila Jodoh Semakin Dekat

Apabila Jodoh Semakin Dekat
Apabila Jodoh Semakin Dekat
Ketahui Tanda-tandanya...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Membawa Untuk Mengenali Keluarganya
dengan lebih rapat Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.
Berkongsi Kisah Suka Dan Duka Bersama
Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikitpun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.
Menerima Kelebihan Dan Keburukan Dirimu
Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya
kad1
Ah..kad kahwin! Apa perasaan anda setiap kali menerima kad kahwin? Selalunya ada sesuatu yang istimewa setiap kali menerima kad kahwin kan...dalam hati pasti berkata “cantik kad dia” dan anda mula membayangkan majlis perkahwinannya juga pasti akan secantik dan seindah kad kahwin yang dihantar.
Kalau dulu kad kahwin dihantar hanya sebagai makluman bahawa bakal pengantin akan melangsungkan perkahwinan dan anda dijemput untuk memeriahkan majlis (dalam erti kata lain, jemputlah makan kenduri).
Sekarang ini, kad kahwin juga berevolusi. Ia punya tekstur, berat tertentu, bentuk huruf (font) yang cantik dan bermacam, kilauan tintanya dan pelbagai lagi. Ia lebih bersifat peribadi sebagai perlambangan diri bakal pengantin. Ada juga kad kahwin yang menjelaskan tema majlis perkahwinan yang bakal diadakan dan yang pasti antara tema yang menjadi pilihan ialah gaya VINTA J.
Dalam memilih tema vintaj, ada beberapa perkara yang boleh anda ambil kira untuk memastikan kad kahwin yang ditempah sepertimana yang diidamkan.
1. Warna - Pilihan warna menentukan mood kad dan keseluruhan tema majlis. Pilihan warna sering bergantung kepada era atau zaman mana yang anda pilih. Variasi warna bermula daripada warna yang kuat (vibrant) hingga ke warna yang lembut dan lusuh (mute).
2. Koordinasi - Anda perlu bijak dalam menggabungkan jenis kertas yang dipilih dengan dekorasi kad serta bentuk huruf. Gabungan yang harmoni mampu menyerlahkan penampilan kad mengikut zaman yang dipilih.
3. Sentuhan Peribadi & Buat Sendiri - Sekiranya anda mahu menambah sentuhan peribadi, anda boleh menambah monogram, logo dan menambah dekorasi kad dengan renda dan reben. Anda boleh mencetak kad dan gunakan kreativiti untuk menambah sentuhan peribadi.

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan
Terserlah kemewahan dalam gubahan berkonsep kotemporari dan elegan ini diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang begitu indah. Sememangnya ros, orkid dan ‘carnation’ menjadi pilihan dalam setiap gubahan. Tampak lebih mewah lagi dengan penggunaan dulang jenis kotak besi berwarna perak yang berkaki. Ikhlas buat isteri tercinta.
Teks : Siti Nurliyana Ab Halim  Foto: Baidiuzaman Ab Malik Terima Kasih Pasangan Pengantin : Adilah & Mohd Hasril Gubahan : Dewi Noorshareena, Dwi Touch