Search This Blog

Saturday, April 20, 2013

Menjelang hari Perkahwinan Beego & Linda Hashim

Orang Pertama Terima Jemputan

Beego & Linda Hashim
Pasangan kekasih Beego dan Linda Hashim yang bakal diijabkabulkan pada 6 Jun depan telah mula mengedar kad jemputan majlis istimewa mereka itu. Dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu pertama menerima kad undangan perkahwinan mereka.
Beego telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
Walaupun berasa gementar ketika bertentang empat mata dengan pemimpin negara itu, namun dia benar-benar berharap Datuk Seri Najib dapat hadir ke majlisnya nanti.
Bertunang pada 3 November 2012, pasangan ini akan bernikah pada 6 Jun 2013. Manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian.
Menurut Beego, tindakannya menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Najib berlaku secara spontan dan dia tidak berasa gementar untuk bertentang empat mata dengan beliau.
Malah Beego turut memuji keperibadian Najib yang mudah didekati.
Sementara itu mengenai persiapan perkahwinannya kata Beego, banyak perkara berjaya diuruskan namun hanya tinggal beberapa urusan kecil yang perlu dilakukan kira-kira dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung.







"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya.
Tambah Beego, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.
"Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga," jelasnya.
Dalam perkembangan lain Beego masih sibuk menyelesaikan beberapa projek lakonan yang telah diterimanya sebelum bercuti untuk berkahwin.

No comments:

Post a Comment