Search This Blog

Monday, May 7, 2012

(Alhamdulillah) Pernikahan Awal-Scha Selesai


May 5, 2012 oleh   
Di dalam kategori MenarikPanazzzSelebritiTempatan
Share364
Setelah tiga tahun bercinta, akhirnya selamat sudah pasangan ini dinikahkan malam tadi. Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus. Pernikahan di jam 9.15 malam itu telah berlansung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Mas kahwin bernilai RM2,050.00 telah diberi Awal kepada Scha.
Majlis itu telah dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. Scha menawan dengan baju kurung moden bewarna putih. Awal pula kelihatan kacak bergaya dengan baju melayu moden yang kedua-duanya hasil rekaan Saiful Bahri…
Semasa majlis pernikahan ni berlangsung, pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang terdiri daripada set barang kemas Lazard Diamonds, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior, sehelai pakaian, senaskah Al-Quran, manisan kurma bersama kek, sirih junjung dan bunga rampai sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Manakala pengantin lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang terdiri daripada sebuah Mac Book, sepasang kasut jenama Hermes, seutas jam tangan Cartier, dompet jenama Bottega Veneta, sehelai baju melayu, senaskah Al-Quran, coklat berserta kek, sirih junjung dan bunga rampai.
Persalinan kedua merupakan sepasang songket yang begitu klasik untuk upacara merenjis.
Alhamdulillah dan tahniah kepada kedua mempelai. Majlis resepsi bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni pula akan menyusul pada hari Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran seramai 1,500 orang tetamu akan menghadirkan diri sebelum mereka berdua terbang ke New York pada 8 mei ini.
NOTA :
Dalam kegembiraan majlis malam tadi, rata-rata peminat Scha dan Awal sangat-sangat kecewa apabila siaran langsung yang dijanjikan Astro Awani yang sepatutnya ditayangkan di Astro Awani dan Ria tidak tertunai. Ramai yang ternanti-nanti kerana pihak Astro tidak langsung meminta maaf dan memberitahu masalah teknikel ini di kaca TV Astro. Memang perkara ini mengecewakan. Masalah teknikel memang tidak dapat dielakkan. Tetapi lebih manis jika pihak Astro mengeluarkan notis ini di kaca TV, bukan sahaja di laman sosial Facebook dan Twitter mereka sahaja.
Walaubagaimanapun, hari ini dan esok anda boleh menyaksikan siaran tertunda ini. Kesatlah airmata mu. Hehehe…
OH ARTIS: ASTRO BUAT PASAL.. SPOIL SPOIL !!

Rita Rudiani Berbalah Sama Ayu Raudah Dan Rozita Che Wan?


Share48
Twitter dan Facebook memang macam-macam kegunaan. Makin celik IT memasing terutama para selebriti, makin canggih pula kes-kes gaduh dan berbalah mereka. Terbaru and ter’hottest’ pegaduhan Mohd Zaquan Adha, 24, pemain bola sepak negara (kini bersama ATM) bersama isteri abang kembarnya Rita Rudaini yang akan kami muatkan dalam artikel seterusnya.
Sekarang kita cerita dahulu mengenai spekulasi hangat antara Rita dan Ayu Raudah, dan apapula kena mengena dengan kakak Ayu Raudah iaitu Rozita Che Wan? Perbalahan mereka ini sudah lama. Semenjak Ayu Raudhah dikatakan orang ketiga yang menyebar fitnah hubungan perkahwinan Rita Rudiani dan suaminya, Mohd aidil Zafuan dalam tahun 2010 sebelum Ayu berkahwin dengan Zaquan seperti di bawah :
“Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia. Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama.”
“Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan – kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya” – Rita Rudaini
Ingatkan sudah senyap dan selesailah bila Ayu sudah sah menjadi isteri Zaquan dan Rita pula sudah beranak dua. Tetapi kemelut itu terus membara dan meletup semenjak Ayu Raudhah memberi kenyataan di Galaksi mengapa tidak mahu bergambar bersama Rita Rudaini. Rasanya panas dalaman yang sudah lama terbuku antara biras ini semakin menjadi-jadi apabila Rita membalas pertanyaan peminatnya di laman Twitternya dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada bukan sahaja kepada Ayu tetapi juga Rozita Che Wan. Ikuti luahan hati Rita.
Agaknya kemelut ni berpanjangan sebab suami si Ayu Raudhah pernah dating dengan Rita Rudaini. Tup tup kahwin pula dengan Aidil Zufuan. No wonder berapi-api je pasangan Ayu Raudah dan Zaquan Adha ni dengan Rita. Apapun pendapat kami selesaikanlah hal dalaman seeloknya. Tidak manis dan tidak professional perli-memerli begini. Apapun kedua belah pihak eloklah bertolak-ansur kerana anda semuakan satu keluarga. Seorang begini, semua akan terpalit hitamnya jua. Apapun cerita sebenar hanya mereka yang tahu.
OH ARTIS : PAYAH KALAU DAPAT IPAR DUAI, BIRAS, MERTUA TIDAK SEHATI SEJIWA. TAMBAH-TAMBAH ASYIK TIDAK PUAS HATI MEMANJANG. SIMPANG! INGAT KAHWIN NI KAWIN DENGAN PASANGAN ANDA JE. KAWIN DENGAN KELUARGANYA SEKALI YOU.

Penceraian – Hadiah Aidil Zafuan Di Ulangtahun Kelahiran Rita Rudaini


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Rita Rudiani yang ke 36 tahun. Sudah tentu akan dibanjiri dengan hadiah-hadiah istimewa. Tetapi cukup sedih apabila antara hadiah istimewa itu, terselit satu SMS penceraian daripada suaminya, Aidil Zafuan 25 tahun, yang sudah empat bulan keluar dan menghilangkan diri dari rumah mereka.
“Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”  – SMS Aidil.
Adakah Aidil sengaja menunggu sehingga saat hari yang sepatutnya menjadi kenangan indah untuk Rita iaitu di hari ulangtahun kelahirannya?
Kemelut kemelut inilah yang dihadapi oleh Rita Rudaini rentetan kisah pergolakan rumahtangganya bersama Aidil Zafuan.
“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.”
Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya. Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu Aidil berpindah dari rumah berkenaan.
Itulah kisahnya. Anda boleh baca artikel-artikel kami di bawah untuk mengikuti kisah mereka sebelum ini. Wallahualam. Apapun semuga jodoh mereka masih panjang dan kembali berdamai demi kedua-dua anak mereka yang masih kecil.
Tabahlah Rita dan berdoa Allah turunkan seribu hikmah dan kebaikkan untuk Aidil dan Rita sekeluarga.
OH ARTIS: RUMAHTANGGA MEMANG TAK AKAN AMAN KALAU RAMAI YANG IKUT MASUK CAMPUR!! KADANG YANG BOLEH JERNIH TERUS KERUH.

Thursday, April 26, 2012

Gambar Agnes Monica Yang "Panas"

Inilah kebiasaan artis Indonesia. .buat persembahan dalam keadaan yang seksi. .ni kalau kat Malaysia mmg dah kena banned dah . .





Ulangtahun Gemilang Ketujuh InTrend Mei Ini


Ulangtahun Gemilang Ketujuh InTrend Mei Ini

MEDIA GALERI

Teks Oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto Oleh Bustamam Mokhtar
KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2012: Bukan satu atau dua tetapi tujuh wajah kesayangan para peminat dunia hiburan tempatan menghiasi sampul muka hadapan majalah InTrend bersempena dengan sambutan gemilang ulangtahun ketujuh majalah ini yang menjelma pada setiap purnama kelima dalam kalendar anda.
Jika sebelum ini lima selebriti bergelar ibu menjadi penghias kulit manakala tahun seterusnya ia dihiasi enam jelitawan baru persada seni, InTrend Mei ini membawakan anda tiga bakal jejaka idaman Malaya dan empat persona cantik yang kini mengatur langkah untuk menjadi primadona dalam seni lakonan tempatan.
Amar Asyraf, Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, Izara Aishah, Elfira Loy, Syarifah Sakinah dan Anzalna Nasir kini dalam percaturan hebat demi mengorak langkah membina tapak untuk menjadi antara yang terbaik dalam lapangan sendiri.
Tujuh persalinan kasual ringkas dibawakan kepada anda pembaca InTrend oleh Levi's buat sarungan tujuh butala ini daripada koleksi musim Bunga/Panas 2012. Padanan helaian asas bersama sepasang jeans Levi's pasti tidak lengkap tanpa mainan aksesori warna terang mengkamilkan keseluruhan gaya tersebut.
Menurut penyelaras penggambaran wajah penghias kulit depan tersebut, Iqbaq V Azwan Mukhtaram, kesemua tujuh personaliti menepati ciri-ciri yang mereka mahukan iaitu yang sudah meniti populariti dan yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia ini dan memiliki bakat yang hebat untuk diketengahkan.
Sempena ulangtahun ketujuh ini juga mereka mahu berkongsi hadiah bersama pembaca setia mereka yang berjumlah lebih daripada RM 32,000. Jangan lupa untuk menyertai pelbagai peraduan yang bakal menjanjikan anda habuan yang sangat menarik untuk dimiliki.
Tidak lupa Lembar Fesyen dan Lembar Cantik yang masih mengekalkan mood bagi musim Bunga/Panas dengan mainan rona panas dan meriah sesegar tiupan pawana membawa anda untuk terus menikmati enam purnama yang baru bermula.
Bagi ibu-ibu muda yang mahu tampil bergaya walaupun harus mengendong si cilik anda ke sana kemari, keluaran ini pasti memberikan anda idea-idea baru untuk tampil jelita bersama 'aksesori' anda. Bukan sahaja si ibu bisa dapat idea cantik si cilik anda juga turut sama melawa selain tips-tips berguna khas buat kalian.
Yang menarik lagi khas buat si hijabista, InTrend kini mencari anda untuk Pencarian Gadis Neo-hijabi Aidijuma dan Intrend kelolaan Datin Nurjuma dan dapatkan info mengenainya juga jadi yang pertama menyertainya.

Foto Zarina Anjoulie Dicium Lelaki


Foto Zarina Anjoulie Dicium Lelaki
KL, 26 APRIL 2012: Baru saja kisah pergaduhannya dengan Lufya reda, tiba-tiba pagi semalam Twitter GengMurai mendapat maklumat mengenai aktres kontroversi dan fotonya yang kini tersebar di laman Twitter miliknya.
Gambar yang kelihatan seperti dia sedang dicium oleh seorang jejaka kini telah hebah di internet dan Twitter.
Murai Batu cuba menghubungi Zarina Anjoulie untuk bertanyakan tentang hal yang baru sahaja menjadi bualan ketika ini. Namun berkali-kali Murai BAtu cuba menghubunginya namun kelihatannya telefon bimbitnya ditutup.
Macam mana ni? Lepas satu, satu hal yang berlaku kepada aktres ini. Lepas ini apa pula?
Murai Batu: Jangan main-main dengan media sosial sekarang. Sekali terlepas ke dalamnya, habislah.

Nora Danish Tidak Dijemput ke Majlis Fasha-Jejai


Nora Danish Tidak Dijemput ke Majlis Fasha-Jejai
IPOH, 26 APRIL 2012: Pelakon Nora Danish yang juga bekas isteri kepada Jejai tidak akan hadir pada majlis pernikahan bekas suaminya itu dengan aktres Fasha Sandha, Jumaat ini.
Melalui laporan akhbar Utusan Malaysia, semalam, Nora dalam kenyataannya berkata dia tidak berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut kerana merasakan ia adalah jalan terbaik.
Nora juga turut menjelaskan bahawa secara kebetulan, dia pada hari itu akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
"Mungkin kerana mereka tahu saya akan ke Mekah maka mereka tidak mengundang saya pada hari itu", jelas aktres tersebut tenang kepada wartawan.
Nora juga dikesempatan itu telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Fasha-Jejai selain mendoakan pasangan itu berbahagia ke akhir hayat.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif telah berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 3 tahun.