Search This Blog

Thursday, May 10, 2012

Gadis melayu skunk

manusia sekarang, tanpa segan silu memuat naik video-video aksi ghairah mereka di youtube…ape motif diorang?..mahu dikenali?..mahu di pandang tinggi kerana berani meletakkan video-video seperti itu?..



Kisah Benar, Lelaki Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari


Kisah Benar, Lelaki Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari

Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.
Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan. Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap perbuatan kita akan dibalas.

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya.

Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya ‘pondan’. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu.

Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati.

Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena.

Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu.
Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika.
Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan – rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat.

Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu.

Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk.

Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar.
Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari betina yang lebih besar agar ‘kenikmatan’ akan bertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya.

Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu namun ditahannya hingga ke rumah.
Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin. Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa.

Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja.

Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu.
Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah.

Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran.
Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak.

Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan.
Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali insaf diatas perbuatannya.

Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu.

Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu.

Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih.

Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya.

Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini.
Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali.

Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu.
Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin.

Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah. Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud “Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan,” 

Wednesday, May 9, 2012

Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta


Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta
Salam #CinTa buat pembaca REMAJA.Pada kali ini, kita akanmelihat pula aspek kejujuran dan keikhlasan dalam sesebuah perhubungan.Semua pasangan yang baru hendak mula bercinta, sedang hangat bercinta ataupun sudah lama bercinta, pasti acap kali membicarakan tentang perkara yang sama.Jujurkah kalian di antara satu sama lain?Ikhlaskah masing-masing dalam bercinta?Harus diingatkan, walaupun bibir melafazkan perkataan jujur dan ikhlas, namun hati sendiri yang harus ditanya berulang kali demi mendapatkan kepastian sebenar.

Cuba lihat kata-kata yang dipetik dari buku “Motivasi santai #CinTa” saya,“Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi... namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personaliti diri yang lain hanya untuk kepuasan hati.”Semua orang pasti seronok apabila berada di alam percintaan. Perhatian yang didahagakan selama ini hadir mencurahcurah, rasanya seperti dunia ini kamu yang punya. namun awas! adakah kamu jujur menjadi diri sendiri? Ataupun kamu telah mencipta seseorang yang berbeza daripada siapa kamu yang sebenar semata-mata takut kehilangan cinta? Kebanyakan remaja dilihat secara sengaja atau tak sengaja mencipta  karakter yang bukan semula jadi demi menjaga perhubungan.

Contohnya, berpura-pura manja secara berlebihan, berpura-pura suka bersolek, membuka tudung apabila keluar dating kerana buah hati kata lebih cantik tanpa tudung, sanggup meminjam motor kawan untuk bersiar-siar dengan pasangan, meminjam duit emak dan ayah untuk belanja kekasih, malah banyak lagi. Pasti ada yang terasa hati apabila terkena pada diri sendiri bukan?Yang penting ialah soal berterus-terang  dengan pasangan tentang apa yang kamu selesa dan apa yang kurang selesa. Usah terlalu mudah mengikut permintaan pasangan tanpa usul periksa atau terlalu menurut hati sendiri semata-mata kerana ingin membahagiakan si dia.Pendirian haruslah teguh serta tidak mudah dibuai pujuk rayu oleh sesiapa pun. Hidup harus ada pendirian dan Dunia memang seperti kamu yang punya saat kamu bercinta, sms, BBM atau whatsap setiap 10 saat. BerFacebook atau berTwitter lebih lagi, apa pun bersederhanalah dalam perhubungan kamu. Jangan sampai masa untuk bersama keluarga diabaikan.

Hantaran itu, adalah perlu bagi kamu untuk mendisiplinkan diri agar membahagikan masa seadil-adilnya di antara rakan, pasangan dan keluarga tercinta. Perjalanan kamu sebagai remaja masih jauh dan terlalu banyak yang kamu harus tempuh. Bercinta memang seronok, berkasihkasihan memang indah, namun jangan  sampaimengabaikan pelajaran, cita-cita ataupun hilang pedoman dalam kehidupan seharian. Selagi keluarga kamu berada di dalam ingatan dan hati, dengan izin Tuhan kamu pasti mampu mengawal segala perbuatan dan keinginan mengikut apa yang betul. akhir kata, salam #CinTa ikhlas daripada abang Fazley. rasa-rasa dan fikir-fikirkan sehabis baik!

Bukan Mengungkit Tapi Membangkit


UNGKIT
Huh! semua perkara nak dibangkitkan? Apa masalah awak sekarang ini? Kalau macam inilah sikap awak, sesiapa pun tak akan bertahan! Muak dengan cara awak yang tidak pernah ingin melupakan kisah lalu. Situasi ini merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap pasangan yang bercinta. Oleh itu kamu harus menerima pasangan kamu seadanya. Jangan sesekali mudah mengungkit dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pasangan kamu sendiri.

Setiap pasangan pasti tidak akan terlepas daripada dibelenggu perasaan sedih dan makan hati. Ada kalanya pasangan kamu tidak boleh menerima langsung kisah lampau yang pernah menghantui kehidupan kamu. Malah kesalahan kecil yang pernah kamu lakukan itu juga pasti akan menjadi isu setiap kali pertelingkahan berlaku. Walaupun pada mulanya Si Dia sering mengguna pakai pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih” itu kepada kamu, Seolah-olah ia hadir hanya di bibir sahaja dan bukan dari hatinya yang ikhlas. Jadi apa tindakan kamu? Membiarkan sahaja atau berterus terang? Jom atasi pasangan bermasalah ini dengan tindakan yang sewajarnya.

Patahkan hujahannya

Mampukah kamu mematahkan hujahnya itu? Nak membidas pun rasa serba salah apatah lagi nak mematahkan hujahannya. Kamu perlu ingat bahawa kamu ada hak untuk bersuara walaupun kamu rasa perkara itu akan memburukkan lagi hubungan kamu berdua. Bagi kamu, selagi boleh bertahan, kamu akan cuba juga. Sekiranya kamu terus-menerus membidas dirinya, ini akan menyebabkan si dia berasa hati. Kamu kena ingat, si dia tidak pernah pun memikirkan perasaan kamu sebaliknya dia lagi nak menyakitkan hati kamu. Oleh itu berpada-padalah, jangan sampai si dia menginjak-injak maruah kamu dengan sesuka hati!

Perli” Si Dia

Bukan susah pun nak mengajar si dia yang kaki mengungkit. Sekali sekala kamu cuba perli si dia dengan mengatakan, “Eh, awak pun bukan tak pernah buat salah, tak silap saya dulu awak pun...,” Mungkin kata-kata ini boleh membuatkan si dia termalu sendiri dan sedar bahawa dirinya juga bukan seorang manusia yang sempurna. Jadi, janganlah main sedap mulut je nak hentam kamu. Si dia ingat kamu ini manusia berhati kering dan langsung tak ada perasaan. Helo! Si dia pun ada kalanya sensitif juga bila mana kamu main lepas cakap sahaja.Sekurang-kurangnya kamu tahulah juga nak memohon maaf berbanding dirinya yang ego itu.

Tolonglah Berubah!

Ish! Kalau diikutkan hati yang marah, pasti sudah lama kamu membidas dan meninggalkannya, bukan? Sebaliknya, kamu cuba juga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Bayangkanlah kamu sanggup bersusah payah untuk dirinya walaupun perkara itu kadangkala tidak relevan untuk kamu lakukan. Sayang punya fasal sebab itulah sanggup, tapi cuba kamu fi kirkan semula ada atau tidak si dia berkorban seperti mana kamu lakukan? Kalau tak ada, tolong jangan menyeksa diri kamu sendiri. Kalau setiap kali bergaduh semua perkara nak diungkitnya, susahlah macam tu. Lama-kelamaan kamu pun boleh berjauh hati. Oleh itu mintalah si dia berubah demi mempertahankan hubungan ini, kalau tak baik kamu tinggalkan si dia sahaja!
Lupakan Kisah Lalu
Sebelum kamu berdua mengisytiharkan hubungan kalian ini pasti di antara kamu pernah menceritakan kisah lalu bersama kekasih ataupun membuat perjanjian, “andai kata masingmasing melakukan kesilapan tidak perlu diungkit lagi sebaliknya mencari penyelesaian kepada permasalahan itu, kan?” Tujuannya hanyalah untuk menghindarkan kalian berdua daripada pertelingkahan yang lebih besar. Sekiranya si dia mula membangkitkan hal-hal yang lepas mohon si dia ingat kembali kata-kata janji yang pernah dituturkan kepada kamu sebelum ini. Biarlah perkara yang lalu menjadi sejarah dan jangan sesekali diingatkan lag.
Dapatkan Majalah Remaja Isu 1 Mei 2012 untuk mendapatkan lebih lanjut Info Cinta oh Cinta

Cantik Dengan Kurma


Cantik Dengan Kurma
Buah kurma bukan sahaja sedap dimakan malah mempunyai banyak manfaat lain dan salah satunya adalah untuk kecantikan kulit.Kandungan vitamin b6 dan protein yang terdapat dalam buah kurma ternyata mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar serta tidak pucat.Caranya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus aprikot maka akan menghasilkan suatu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin c, a, b6 dan protein. kesemua bahan ini sangat berguna untuk membersih, melembut dan menjaga keanjalan kulit.

Bahan-bahannya:
• 8 biji buah kurma
• 1/2 auns buah kranberi beku
• 1/2 cawan jus aprikot
• 1/2 sudu teh oat

Cara Membuatnya:
1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
2. Seterusnya, basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan campuran kurma serta aprikot tadi.
3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
4. Setelah itu, jangan lupa menggunakan losen setelah selesai mandi agar kulit menjadi bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.

Selamat Mencuba

Kaki Oh Kaki!


Kaki Oh Kaki!
Bukan hanya tangan, kaki yang indah juga menjadi idaman setiap gadis. namun masalahnya masih ramai gadis yang tidak tahu kaki sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan itu sahaja, kaki yang letih setelah seharian melakukan aktiviti dan menempuh perjalanan jauh, perlu disegarkan kembali dengan melakukan beberapa perawatan berikut. Bukan hanya untuk memanjakan kaki, sekali gus ia dapatmengembalikan kesegaran pada kaki.Tidak perlu pergi ke spa kerana semua perawatan yang biasa diberikan sangat praktik dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!

1)Merendam Kaki
Salah satu perawatan yang paling disukai oleh ramai gadis ialah merendamkan kaki. Caranya, penuhkan sebuah bekas dengan air panas. Kemudian,tuangkan setengah cawan garam ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Kamu juga boleh memasukkan kelopak bunga mawar, bunga orkid atau lavenda yang telah dihancurkan ke dalam air untuk haruman yang segar. Titiskan minyak peppermint untuk melancarkan peredaran darah.Rendam kaki di dalam campuran air tersebut dan kamu akan rasa segala ketegangan hilang. Biarkan kaki direndam selama 10 hingga 20 minit, lalu keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losen untuk melembapkan kaki.

2)Masker kaki
Kaki juga boleh dimanjakan dengan menyapukan ramuan madu, rosemary dan peppermint buatan sendiri. Caranya, campurkan setengah cawan madu, setangkai rosemary segar dan beberapa titis minyak peppermint. Seterusnya, sapukan ke kaki yang basah. Biarkan campuran tersebut meresap ke kaki sebelum menutup kaki menggunakan sarung kaki yang bersih.

3)Pengelupasan
Sekiranya telapak kaki kering dan kasar, pengelupasan merupakan petua untuk membuatkan kaki menjadi lebih lembut. Caranya, campurkan seperempat cawan madu dengan seperempat cawan gula dan dua sudu minyak biji anggur.Sapukan campuran tersebut ke kaki yang bersih, lalu urut lembut terutamanya di bahagian tumit. Balut telapak kaki dengan kain lembap yang panas dan angkat kaki selama 10 hingga 15 minit. Buka balutan tersebut, kemudian sapukan pelembap dan guna sarung kaki bersih sebelum tidur. Rasakan kelembutan kaki pada keesokan hari!

10 Makanan Agar Kulit Mulus


mulus
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
Untuk membaca keseluruhan artikel, dapatkan majalah Remaja isu 15 Januari 2012 sekarang!