Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

perkahwinan Tan Sri Musa hasan dan Syella Kamarudin

NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melangsungkan perkahwinan dengan artis Syella Kamaruddin dalam satu upacara "Wedding of The Year"

Perkahwinan ini adalah yang termahal dianggarkan menelan belanja perkahwinan dan hantaran sehingga khabarnya mencecah RM 15 juta.



Syella menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Baju perkahwinannya menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.

Penyanyi yang pernah merakamkan lagu 'Menangis dalam Hujan' ini agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya.



Kiranya selepas ini, Syell tidak perlu lagi menangis hatta di dalam hujan sekalipun. Kehidupan yang ternyata sangat mewah disamping bekas penjawat awam yang cukup terkenal, sememangnya menjadi idaman ramai anak gadis diluar sana.

Semoga perkahwinan termahal dalam sejarah Malaysia ini kekal abadi ke akhir hayat.

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka


Pilihan 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2: Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkannya 2 kali seminggu.

Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 4: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka anda. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7: Setiap kali anda mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8: Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. 3. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 atau 3 kali seminggu.

Petua Menjaga Ketiak

1 . Sewaktu mandi , pastikan air membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh . Kemudian, pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian ketiak anda. Ini kerana, rerambut yang dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk.

3. Elakkan dari memakai pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan. Keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. Kesannya , kulit akan berpeluh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk.

4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .Memang ia akan berbau harum tetapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. Kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .

5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu di bahagian bawah lengan setelah mandi. Ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Petua Untuk Elak Pergaduhan Rumahtangga




1. Jangan Merajuk - sebaik baiknya apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan masalah anda menjadi lebih buruk apabila si suami tidak peduli dengan rajukan anda.

2. Jangan Menghukum - Menghukum tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak langsung menolong prose berdamai malah hanya akan mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Jadi kalau benar masih ada niat berdamai, jangan terlalu menghukum.

3. Jangan Mencari Salah - Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Adalah lebih baik apabila anda mengambil masa dan meneliti kekurangan diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pasangan.

4. Mulakan Pendamaian - Sekiranya anda benar benar mahukan perdamaian , ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia mmg tidak mahu berdamai itu tidak menjadi isu besar. Sekurang- kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai. Jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

Cara Berkomunikasi Dgn Wanita/Isteri



Lelaki dan wanita adalah berbeza. Apa pun yg telah anda dengar sebelum ini, tidak ada satu jantina yg lebih baik dari yg satu lagi. Malangnya, perbezaan yg ada menyebabkan lelaki dan wanita mempunyai konflik dlm memahami antara satu dgn yg lain. Jika anda cuba utk berbicara dgn cara terbaik dgn wanita/isteri anda, artikel ini mungkin utk anda.

♥ Kenali terdahulu bahawa tidak semua wanita adalah serupa. Perbezaan dlm agama, keturunan, pendidikan dan penerimaan individu membuatkan kita semua unik. Biarpun begitu, kita punya persamaan dlm budaya yg membawa kepada cara kita berkomunikasi. Dgn keluarga contohnya, wanita lebih diharapkan utk menjaga anak-anak dan rumahtangga. Ini adalah kefahaman yg merentasi semua lapisan termasuk kewangan, keturunan, budaya serta negara asal. Persamaan seperti inilah yg menyebabkan cara berkomunikasi hampir serupa.

♥ Kenali pula adanya perbezaan. Seorang wanita mungkin akan memberi arahan secara tidak langsung. Berbeza dgn lelaki yg lebih bersikap berterus-terang atau menyuarakan secara langsung dan inilah yg sering memberi ruang utk disalah-faham. Contohnya, jika seorang wanita ingin anda utk berhenti di kedai semasa dlm perjalanan pulang, dia boleh berkata, 'Berhenti di kedai.' Tetapi dia mungkin akan berkata, 'Kalau boleh dan tak menyusahkan...' Ini kerana wanita/isteri lebih mengutamakan diri orang yg disayanginya dan meletakkan diri mereka di tempat orang tersebut. Lebih-lebih lagi jika orang yg disayangi itu adalah lelaki/suami, wanita akan berfikir lebih jauh dari apa yg belum terjadi dan bakal terjadi. Dgn rasa inilah, wanita/isteri cukup sedar lelaki tidak akan suka jika diarah atau disuruh maka setiap permintaan itu akan disuarakan dgn berlapik maksud (tidak langsung).

♥ Jika anda tidak tahu, tanya! Adakalanya bersikap tidak berterus-terang seorang wanita/isteri agak memeningkan. Anda mungkin berbuat sesuatu seperti menggantung gambar dan mendengar wanita/isteri anda berkata, 'Ada baiknya jika anda... ' Jika anda mengambil kata-kata itu secara langsung, anda akan memahami ia sebagai, 'Dah bagus tu cuma ia akan lebih elok kalau anda...' Kemungkinan juga dia sedang cuba memberitahu anda yg apa yg dilakukan itu tidak betul. Ia hanyalah cara yg sopan utk memberi anda saranan utk mengubah tempat gambar tadi sepatutnya digantung. Jika apa yg dikatakan wanita/isteri anda itu memeningkan, tanyalah dia secara langsung. 'Adakah di sini elok atau saya patut ubah tempatnya?'

♥ Ambil sikap bertanggungjawab akan apa yg telah anda katakan. Adanya perbezaan tidak perlu dirunsingkan atau dijadikan perbalahan. Jgn dilihat sesuatu perselisihan sebagai peluang utk menunjukkan bagaimana anda berbeza dari pasangan anda. Ketua wanita contohnya, secara umum terpaksa bersikap berterus-terang bila di tempat kerja dari di rumah. Jika dia inginkan pembekal berada di lokasi tepat jam 4, dia akan berkata, 'Saya inginkan awak berada di sini tidak lebih dari jam 4.' Bila di rumah, dia akan berkata, 'Jika boleh, saya nak semua orang berada di sini dlm jam 4.' Bila anda mengambil sikap bertanggungjawab dgn apa yg dikatakan dan bagaimana, kedua anda akan dapat mengelakkan kebingungan atau kekeliruan.

♥ Bersikap lebih memahami. Ada sebabnya berkomunikasi ada perbezaan antara lelaki dgn wanita dan ini bukanlah mudah utk diubah. Perbezaan ini seharusnya dihargai dan dihormati. Bila timbulnya konflik atau kekeliruan, carilah penyelesaian. Jgn lepas tangan dan menuduh wanita sememangnya sukar atau gemar meremehkan keadaan. Cuba memahami dgn bertanya apa yg sebenarnya berlaku atau diinginkan dgn mengajukan pertanyaan dan beri penglibatan utk mencari huraian.

Menghindari Dari Menjadi Seorang Yg Pelupa



Kita semua akan terlupa dari masa ke masa dan menganggap ini adalah sesuatu yg tidak sirius yg ada kaitannya dgn kehilangan ingatan. Kerap lupa ... tanpa mempunyai apa-apa penyakit mental ... adalah disebabkan dari isu hari ke hari yg perlu berdepan dgn tekanan atau diet yg kurang sihat. Jika anda rasa anda mempunyai masalah kehilangan ingatan yg sirius, anda perlu berjumpa doktor. Dlm kes yg lebih ekstrim, kehilangan ingatan boleh disebabkan oleh dimensia atau peringkat awal penyakit Alzheimer.

♥ Bebaskan diri dari tekanan (stress) dgn bersenam lebih kerap. Cuba berlari-lari anak atau bersenam pada masa yg sama setiap hari yg dapat membebaskan diri dari terus terbelenggu dgn tekanan mental. Dgn senantiasa mengekalkan kesihatan yg cergas, anda boleh membantu mencergaskan mental anda juga.

♥ Kawal diet anda dgn memakan makanan yg dapat menjaga kecergasan ingatan. Makan snek yg kaya dgn protin dan cuba elakkan pengambilan gula yg berlebihan. Memakan beri, contohnya strawberi dapat membantu ingatan yg hilang kerana beri mengandungi anthocyanins yg punya anti-oxidan yg berguna dlm memulihkan sel-sel dlm otak anda. Memakan kekacang juga dpt membantu meningkatkan produktiviti otak kerana kekacang mengandungi asid alpha linolenic.

♥ Simpan buku nota bersama anda utk senaraikan perkara-perkara yg perlu anda buat setiap hari. Anda juga boleh menggunakan penyusun jadual (organiser) yg selalunya ada pada telipon-telipon bimbit model terkini. Pastikan anda punya sesuatu yg dapat mengingatkan anda. Ini adalah langkah paling mudah tetapi perlu demi membantu mengingatkan anda.

♥ Khususkan tempat tetap di mana anda meletakkan kunci, beg duit dan lain-lain barang peribadi yg mudah disalah letak. Adalah membantu jika anda punya tempat menggantung kunci dekat dgn pintu yg punya ruang utk anda selitkan bil-bil serta surat-surat. Cuba susun barang-barang lain seperti menyimpan rapi segala dokumen yg ada. Dgn mempunyai kawasan yg teratur dan bersih akan membantu anda utk tidak mudah terlupa.

♥ Berjumpalah doktor jika masalah ingatan anda semakin teruk. Selain dimensia, hilang ingatan boleh disebabkan oleh kemurungan dan keterujaan. Dapatkan nasihat doktor utk cari huraian dan ubatan bagi membantu masalah hilang ingatan nada itu.

Berjauhan Membuatkan Hati Semakin Bertaut



Bagi mereka yg tinggal di negara yg besar, contohnya Malaysia, ada pasangan yg terpaksa berjauhan biarpun telah berumahtangga demi tugas. Seorang di utara, sementara seorang lagi di selatan. Ada juga yg tinggal di negara yg kecil, masih terpaksa berjauhan dgn pasangan kerana kekerapan tugas yg memerlukan keluar negara.

Tak kiralah utk jangka masa pendek ataupun panjang. Kongsi bersama di ruangan ini akan pengalaman anda, baik mahupun buruk berjauhan dari pasangan. Bagaimanakah anda menyesuaikan diri? Kongsikan juga 'rahsia' anda mengekalkan kemesraan biarpun perlu selalu berjauhan. ♥