Thursday, May 16, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Pra perkahwinan linda hashim dan beego
Kurang sebulan lagi, Beego dan Linda Hashim akan mendirikan rumah tangga. Sementara pasangan pelakon ini pastinya berdebar menantikan hari bahagia itu, mereka kongsikan gambar pra perkahwinan mereka.
Melalui Facebook jurugambar rasmi, Ryaniez Moments Photography, dipaparkan tujuh keping gambar yang mengabadikan saat saat mereka sebelum bergelar suami isteri.
Beego dalam satu kenyataan kepada media baru baru ini berkata yang beliau sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda Hashim & berharap ianya kekal hingga ke akhir hayat.
Beego & Linda bakal bernikah pada 6 Jun 2013 dan majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung dua hari kemudian di Kuala Lumpur.
Lisa surihani dan Fazura
Sedar tidak sedar, penggambaran filem ini sudah pun masuk hari ke-9 di Malaysia dan menurut maklumat dari Red Films, filem Manisnya Cinta ini juga akan menjalani penggambaran di Turki.
Seperti dejà vu bukan? Ia mungkin kerana filem Bernard Chauly sebelum iniIstanbul, Aku Datang juga mengambil negara Turki untuk menjadi latar belakang filem yang cukup popular itu.
Manisnya Cinta Di Capadoccia menampilkan Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faisal Hussein dan Josiah Hogan sebagai teraju utama untuk jalan cerita filem ini selain barisan pelakon yang lain.
Berikut merupakan gambar gambar terkini yang di’muat naik oleh produksi ke laman Facebook rasmi mereka supaya anda boleh dapatkan kisah yang terkini tentang perjalanan filem yang memang di’nantikan ramai ini.
-rotikaya-
Rosyam Nor Terima Menantu
Rosyam Nor Terima Menantu
Oleh:Editorial MH
Tarikh: 14 Mei 2013
Tarikh: 14 Mei 2013
Tahniah diucapkan kepada pelakon Rosyam Nor yang telah selamat menerima
menantu sulungnya pada hujung minggu lalu. Anak perempuan Rosyam,
Arniesha Azureen telah diijabkabulkan bersama Hafiz di Felda Villa,
Kuala Lumpur.
Berikut MH Online kongsikan momen-momen indah yang dirakam oleh Ryaniez
Moments Photography sekitar berlangsungnya majlis pernikahan pasangan
ini.
Artikel Berkaitan
Thursday, May 9, 2013
Jehan Miskin & Julie Rhee Sah Suami Isteri
Kongsi Article Ini:
62
2489
Pelakon yang mula dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam filem 'Qaisy dan Laila' dan pasangannya dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad, tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000.
Pengantin lelaki kelihatan segak berbaju melayu serba putih manakala pengantin perempuan kelihatan indah mempersona dengan persalinan rona perang keemasan. Majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Mohd Sahirman Ahmad.
Keluarga mentua Jehan diterbangkan terus dari Korea kerana mereka masih menetap di sana manakala ibu dan kakak Jehan yang menetap di Amerika Syarikat juga turut meraikan perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Majlis mereka turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis, Nurul Wahab, Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Azura Zainal.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh
kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan
acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan
mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya
kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra
dan Celest Thoi.
Sekalung tahniah GUA ucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga ikatan
perkahwinan yang mereka bina kekal sehingga ke anak cucu seterusnya
hingga ke akhir hayat.[GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Rhee
Kongsi Article Ini:
85
473
Di sini GUA kongsikan beberapa kepingan gambar yang sempat dirakam sebentar tadi.



Subscribe to:
Posts (Atom)

















