berita hangat dari meja hiburan di Kosmo
semalam, pastinya isu pelakon Ashraf Muslim yang dikatakan akan
berkahwin lagi gara-gara mahukan anak hangat diperkatakan di media massa
dan di blog hiburan. Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama
Sakinah (bukan pelakon Sharifah Sakinah tu ye) tampil memberikan
kenyataan selepas dirinya dikaitkan bakal bergelar isteri kedua Ashraf.
Memetik laporan Harian Metro hari ini, Sakinah telah mengenali Ashraf
sejak beberapa tahun lalu menerusi sebuah program televisyen. Ketika
itu Ashraf masih bujang.
“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun
mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma
dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia
berlaku, dia reda. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk
dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja
keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.”
Sakinah yang sudah melakukan solat Istiqarah untuk mendapatkan petunjuk.
“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini dihebohkan
di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab
yang lebih layak bercakap tentang perkara ini adalah Asyraf sendiri.”
Tambah Sakinah lagi, dia terkejut dan sedih apabila berita ini
ketahui umum. Lebih-lebih lagi ada pihak yang tidak bertanggungjawab
mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di mahkamah
syariah.
Sepatutnya, orang itu tidak sepatutnya mendedahkan kepada orang ramai
kerana ia disifatkan sebagai pecah amanah. Perkara itu dimaklumkan
sendiri oleh Asyraf kepadanya semalam.
Asyraf juga telah menasihati Sakinah supaya bersabar kerana akan bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini.
Menurut sumber, Asyraf mengenali Sakinah melalui sebuah program
televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor
telefon. Ketika itu Asyraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu
perubatan Islam dan masih bujang.
Susulan dengan dakwaan itu, timbul cerita mengatakan punca tindakan
Asyraf mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri
pertamanya, Noor Dayana Lokman. Perkahwinan Ashraf dan anak pengasas
pusat perubatan Islam Al-Hidayah, Dayana sudah memasuki tahun ketiga.
Mereka bernikah pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.
Dalam pada itu, Ashraf ketika dihubungi media menolak dakwaan
rumahtangganya bergolak, namun mengaku pergi ke Mahkamah Syariah atas
sebab yang dirahsiakan.
Budiey harap, masalah ini diselesaikan dengan betul untuk mengelakkan
gossip yang bertambah teruk lagi. Insyallah, semoga rumah tangga Ashraf
sentiasa tenang dan bahagia. Amin.

Gambar Asraf Muslim semasa bernikan dengan isterinya