Pesona Pengantin kali ini memberi inspirasi ikatan tudung untuk digayakan di hari bersejarah. Serlahkan keayuan dengan keanggunan si gadis jelita dengan ikatan tudung menawan. Selain riasan wajah, penampilan tudung turut memainkan peranan bagi menaikkan seri pengantin.
Friday, May 25, 2012
BERHIJAB Indah Memikat Hati
Pesona Pengantin kali ini memberi inspirasi ikatan tudung untuk digayakan di hari bersejarah. Serlahkan keayuan dengan keanggunan si gadis jelita dengan ikatan tudung menawan. Selain riasan wajah, penampilan tudung turut memainkan peranan bagi menaikkan seri pengantin.
hantaran
Ikhlas Dari Jiwa Sesuci Cinta Kita
Rona mewah dengan hiasan menarik melatari gubahan hantaran kali ini. 146 idea gubahan yang mampu meruntun setiap jiwa yang memandang. Pikat hatinya dengan barangan hantaran mewah dan sederhana. Walau seringkas mungkin gubahan, namun nilainya tetap tidak terkira di hati pemberi dan penerima. Semarakkan rasa sayang dan nyalakan pelita kasih dengan gubahan cinta yang tiada taranya.
Gelora Asmara
Rona ungu melambangkan kesetiaan namun penuh bermisteri. Ungkapkan gelora asmaramu dengan gabungan rona hitam dan ungu dalam gubahan penuh kemewahan ini.
Rona ungu melambangkan kesetiaan namun penuh bermisteri. Ungkapkan gelora asmaramu dengan gabungan rona hitam dan ungu dalam gubahan penuh kemewahan ini.
Simpulan Kasih Nan Indah
Hantaran memerlukan kreativiti yang segar dan hebat untuk mencipta kelainan. Jika anda inginkan keunikan yang tersendiri, mungkin penggunaan dulang besi yang berkaki tinggi ini sebagai dulang hantaran anda boleh membantu.

Hantaran memerlukan kreativiti yang segar dan hebat untuk mencipta kelainan. Jika anda inginkan keunikan yang tersendiri, mungkin penggunaan dulang besi yang berkaki tinggi ini sebagai dulang hantaran anda boleh membantu.
Setulus Murni Si Dara Hatiku
Penggunaan bunga segar menjadi pilihan ramai pengantin masa kini. Pemilihan bunga warna segar rona ungu, putih dan merah jambu menambah eksklusif hantaran yang bakal diberikan untuk pujaan hati.

Penggunaan bunga segar menjadi pilihan ramai pengantin masa kini. Pemilihan bunga warna segar rona ungu, putih dan merah jambu menambah eksklusif hantaran yang bakal diberikan untuk pujaan hati.
Merah Putih Lambang Cinta
Rona merah jambu dan putih, lambang cinta setulus jiwa. Walau tampak ringkas, gubahan tetap mampu menawan hati yang menerima. Pemberian kasih buat yang tersayang agar hubungan kekal bahagia.

Rona merah jambu dan putih, lambang cinta setulus jiwa. Walau tampak ringkas, gubahan tetap mampu menawan hati yang menerima. Pemberian kasih buat yang tersayang agar hubungan kekal bahagia.
Peep Toe SINONIM CINTA SHEILA MOHAMAD
Aksesori padanan busana ini pelengkap langkah buat si
dara, Saat kaki melangkah ia tersusun indah dengan idea mewah yang
tidak patut dilupakan. Sepatu rekaan idea tersendiri pastinya mencuri
perhatian Teruskan ayunan sopan dengan koleksi terpilih ini..
Gaya Rambut MEMPESONA
Dandanan rambut ringkas namun masih mampu menyerlahkan aura seri si gadis menjadi pilihan kali ini. Dandanan yang kemas semestinya menjadi keutamaan agar tampil bergaya dan menawan pada hari bahagia nanti.
Ikrar Cinta Terindah Zery Zamry
Jangan Tak Lihat
Teks oleh Kheme Roslykhemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2012: Menurut pereka fesyen Zery Zamry, pakaian pengantin adalah lebih daripada hanya sehelai pakaian yang dipakai di hari bersejarah.
Ia merupakan simbolik kedudukan istimewa seorang wanita dikala saat paling penting dalam hidup mereka.
Falsafah ini dipegang oleh Zery Zamry bagi menghasilkan sepasang adibusana indah bagi melengkapkan citra indah wanita kala bergelar ratu sehari.
Kesinambungan daripada koleksi terdahulu, Love Spell 2 lebih diperkemaskan dengan trend terkini bersama sentuhan gaya daripada Zary Zamry sendiri.
Sepuluh nukilan khas ini menjadi taruhan si pereka buat ilham para bakal pengantin kala menjelang hari bahagia.
Love Spell 2 lebih feminin dan mengetengahkan gaya tradisi yang akal menyerlahkan keayuan dan keaslian seorang wanita sejati.
Kesemua 10 himpunan Love Spell 2 ini boleh digayakan si pemakai pada majlis pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun acara memotong kek bergantung kepada citarasa tuan badan.
Zery Zamry yang dikenali dengan kegigihannya memartabatkan potongan baju tradisi dan disulami dengan trend terkini menjadi sebuah busana kontemporari lain daripada yang lain.
Bukan itu saja, Zery Zamry juga menyediakan rekaan berpotongan moden bagi mereka yang mahukan ballgown atau gaun-gaun indah buat majlis resepsi.
Perincian yang tidak terlalu sarat dan mewah menjadi mainan pereka ini kala menghasilkan sepasang busana.
Penggunaan material seperti kristal Swarovski dan jemeki menjadi keutamaan sebagai menjaga kualiti busana daripada Zery Zamry selain applique yang turut sama menjadi trademark kepada label ini.
Dengan hanya memberikan sentuhan aksesori yang minimalis, pemakai sudah cukup tampak manis dan tersendiri dalam helaian rekaan Zery Zamry.
Koleksi Love Spell 2 dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang sederhana tetapi mampu menyerlahkan keayuan dan kecantikan mutlak si pemakai pada hari paling bersejarah mereka. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.zeryzamry.blogspot.com atau terus hubungi Zery Zamry untuk temu janji.
Thursday, May 24, 2012
Kerabat Selangor Nafikan “Bubu” Adalah Cucu Sultan Selangor

7144
19
0
Anda pasti tahu bukan siapa Bubu? Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni ini sekarang sedang asyik bercinta dengan selebriti popular Indonesia, Syahrini.
Apa yang menarik disini, kecoh di media seberang sebelum ini yang mengatakan bahawa Bubu adalah dari kalangan Kerabat Selangor dan isu ini berlanjutan dari seminggu lepas lagi.
Namun, berita terbaru dari negara seberang itu mengatakan bahawa Bubu sebenarnya hanya seorang peniaga dan dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Kerabat Selangor. Kerabat Selangor turut menafikan bahawa Bubu adalah cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Berita ini disampaikan melalui seorang sumber berwarganegara Malaysia namun tidak disebut identitinya kepada wartawan Indonesia. Menurut sumber lagi, Sultan Selangor murka dengan Bubu yang mengaku dirinya adalah cucu beliau dan pihak Kerabat Selangor juga memberitahu bahawa mereka merancang akan menubuhkan pasukan penyiasat terhadap Bubu atau Raja Mohamad Syazni.
Apalah nasib kisah cinta Syahrini & Bubu selepas ini? Atau mungkinkah sebenarnya media Indonesia yang membuat spekulasi melulu selepas melihat nama Bubu yang mempunyai pangkal “Raja” dan berasal dari Selangor, kemudian mereka terus mengatakan bahawa Bubu berasal dari keturunan Diraja Selangor. Siapa tahu kan?
Sumber : Detik Hot
Iklan Teks:
- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Berniaga Emas Perak Mudah, Murah dan Selamat bersama GSR !!!
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
Adi Putra Tolak Dakwaan Tidak Tinggal Sebumbung
- Hits7201
- Komen1
Tags: Adi Putra, cerai, Bercerai,Perkahwinan Artis Bercerai,Bercerai Barai, Minta Cerai, kes cerai, tak mahu cerai, fail cerai,kahwin cerai, proses cerai,
Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2012: Setelah pelbagai cerita dan spekulasi yang timbul melibatkan pelakon Adi Putra dan isterinya Aida Yusof, kini kedua mereka tampil untuk memberi penjelasan berhubung situasi yang dihadapi rumah tangga pasangan ini.
Bertempat di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis sidang media bagi menjelaskan tentang situasi sebenarnya terhadap apa yang berlaku.
Menurut Adi Putra,rumahtangga mereka yang dibina lebih kurang enam tahun itu bergoncang bukan kerana anak, orang ketiga atau statusnya sebagai pelakon.
"Kami berdua sudah saling mengenali antara satu sama lain. Jadi kalau populariti makin naik pun saya masih orang yang sama. Itu semua adalah andaian dan tanggapan orang ramai. Sebab itu kami di sini mahu menjelaskan semua andaian itu.
"Saya tidak mahu orang ingat kami mempermainkan soal kahwin cerai. Tetapi apa yang terjadi telah memberi pengajaran buat kami berrdua.
"Syukurlah saya baru saja memfailkan penceraian kami tetapi belumpun bercerai.
"Jadi saya anggap perkara ini bukan kesilapan tetapi lebih kepada pengajaran buat kami berdua,"jelasAdi Putra menjawab spekulasi .
Bagi Aida pula, mendirikan mahligai bersama Adi Putra merupakan perkahwinan keduanya.
Malah dia yang pernah melalui proses perceraian suatu ketika dulu, menggangap apa yang terjadi kepada dirinya sebagai satu dugaan selain redha dengan ketentuanNya.
"Selama ini saya tidak pernah merasa curiga dengan Adi Putra dan kami saling mempercayai antara satu sama lain.
"Dalam tempoh 9 hari ini, kami mencari jalan yang terbaik untuk membetulkan keadaan dan dugaan yang berlaku ini," kata Aida.
Menjawab kepada persoalan tidak lagi tinggal sebumbung, Adi Putra menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan dia bersedia untuk menunjukkan bukti jika itu yang ingin diketahui umum.
"Rumah kami ada kamera litar tertutup, jadi saya boleh tampil dengan bukti yang saya pulang ke rumah.
"Tidak kira jam berapa pun, jika saya habis kerja saya akan pulang ke rumah," jelas Adi Putra.
Menurut Adi dan Aida lagi, mereka sekadar manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan berharap masyarakat umum dapat menerima penjelasan mereka mengenai hal ini.
Pasangan berkenaan mengucapkan terima kasih kepada individu dan peminat yang sering mendoakan yang terbaik rumahtangga mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)