Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

‘Saya Tak Akan Jual Kereta Ni’ – Aaron Aziz


‘Saya Tak Akan Jual Kereta Ni’   Aaron Aziz
SUBANG JAYA : “Saya tidak akan jual kereta ini kerana ia lambang kesetiaan dan kemenangan buat peminat yang menobatkan saya sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011),” kata Aaron Aziz mengenai Nissan Teana 2.5L yang dimenanginya di ABPBH2011, 8 April, lalu.
Bintang Ombak Rindu itu berkata, dia sangat teruja memiliki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motors itu dan pasti akan menggunakannya.
“Sempat pandu uji saja sudah cukup membuatkan saja teruja apatah lagi memilikinya. Insya-Allah, kereta ini akan saya simpan sebagai kenang-kenangan juga inspirasi memacu kerjaya seni ke tahap yang lebih tinggi, Insya-Allah,” katanya.
Selain Nissan Teana 2.5L bernilai RM167,020 itu, Aaron juga membawa pulang hadiah sampingan Seutas Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 dan barangan tajaan Avon.
Bagi dua lagi kategori dimenanginya Pelakon Filem Lelaki Popular dan Anugerah Artis Lelaki Paling Popular Online, Aaron menerima wang RM3,000, dua Rantai Mutiara Rafflesia yang kedua-duanya bernilai RM10,000 serta barangan sumbangan Avon.
Penyampaian hadiah disempurnakan Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga selaku Penaung ABPBH2011, Datuk Mior Kamarul Shahid dengan diiringi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH2011, Hanizam Abdullah dan Zainuri Misfar. Penyerahan hadiah kepada pemenang kategori lain turut disempurnakan dan mereka menerima hadiah wang bernilai RM3,000 untuk artis solo manakala RM5,000 (berkumpulan) berserta Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM10,000 serta barangan sumbangan Avon.
Antara yang hadir, Hafiz AF7, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Tasha Shila, Johan Ariff As’Ari, Maya Karin, Fizz Fairuz, Fasha Sandha (hadir bersama suami, Jejai), Johan Raja Lawak, Didie Alias, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza yang memenangi Anugerah Seri Perak membawa pulang Seutas Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM25,000. Turut menerima hadiah sama, Datuk Sheila Majid yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Beliau juga membawa pulang hadiah sampingan wang RM3,000 dan barang tajaan Avon. – Metro

Tuesday, May 8, 2012

Tomok muntah darah kerana tersalah makan



  • <-- show your love
tomok dan isteri bercuti di universal studio singapore
Baru semalam MyGosip berkongsi gambar Tomok dan isterinya bercuti di Singapore, Hari ni Tomok dilaporkan muntah darah dengan banyak pada malam semalam.. Buat masa sekarang, Tomok menolak kemungkinan muntah darahnya disebabkan oleh perbuatan santau atau pun penyakit kronik.. Menurut Tomok mungkin dia tersalah makan.. erm.. apa lah yang dimakan tomok ni sampai muntah darah kan…
“Saya harap apa yang terjadi bukan sesuatu yang serius atau memudaratkan. Saya tidak nafikan ada juga terfikir kemungkinan isu disantau atau simptom penyakit kronik.”
“Memandangkan saya hanya muntah sekali, insyaAllah ia bukan perkara yang serius, Saya tak nafikan muntah darah agak banyak pada malam semalam (Isnin) tetapi ia hanya berlaku sekali sahaja.
“Selepas saya mengambil ubat, alhamdulillah keadaan sudah baik pada pagi ini. Kalau berlarutan tentu saya pergi hospital,” Mstar
MyGosip harap lepasni tomok makan la betul-betul jangan la tersalah lagi.. Risau juga MyGosip dengar sampai muntah-muntah darah bagai…

Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah



  • <-- show your love
Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah
Jika artis lain selalu mengelak bila ditanya mengenai kekasih, tapi berbeza dengan Siti Saleha yang tanpa berselindung mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga adik kepada Sharifah Sofea.. Menurut Saleha, dia dan Adney sudah dua tahun bercinta walaupun pernah terkandas sebelum ini…
Menurut Siti Saleha, Adney sebelum ini adalah bekas kekasihnya apabila cinta mereka sebelum ini terkandas akibat salah faham.. Namun oleh kerana perasaan sayang antara satu sama lain masih ada, Mereka berdua telah bersama kembali..
“Saya dan keluarga dia baik terutama sekali dengan kakak dia, Sharifah Sofea. Saya selalu datang ke rumah mereka jika ada majlis. Ibu dia juga saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Bila terserempak dengan dia, perasaan sayang antara satu sama lain masih ada. Disebabkan itu, kami bersama semula. Walaupun jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk tetapi dia sangat memahami. (kosmo)”
Buat masa ini Siti Saleha dan Adney masih belum terfikir lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya kerana masih muda, MyGosip harap percintaan Saleha dan Adney ni berkekalan sehingga disatukan kelak…
siti saleha dan teman lelaki

Fizz Fairuz Bakal Berkahwin Dengan Almy Nadia Tahun Ini



  • <-- show your love
fizz fairuz dan almy nadia akan berkahwin
Berita gembira buat semua peminat Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang selalu mengikuti perkembangan percintaan mereka berdua yang berusia 5 tahun ni, kerana mereka berdua dikatakan akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. Fizz Fairuz melalui Rotikaya mengakui jika diizinkan tuhan mereka akan berkahwin dalam tahun ini juga selepas ibu Fizz Fairuz pulang daripada mengerjakan Umrah sekitar bulan Jun ini..
“Memang itu niat saya dan dengan izin Tuhan segala gala’nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali’nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh yang sesuai,” (Rotikaya)
Tambah Fizz Fairuz lagi, beliau mengakui yang dia ada berniat akan berkahwin dengan Almy Nadia jika dia memang untuk Anugerah Pelakon TV Paling Popular di ABPBH yang lalu.. Kemenangan sudah pun diraih, kini tiba masanya Fizz Fairuz menunaikan niatnya itu selepas bulan Jun tahun ini nanti..
MyGosip berharap sangat segala perancangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia untuk berkahwin akan berjalan tanpa ada sebarang masaalah hendaknya.. Tak sabar nak tengok diaorang ni bersanding kan?..

Monday, May 7, 2012

(Gambar) Ayu Al-Yahya, Kekasih Ajai


Wanita ini dikatakan sebagai kekasih kepada komposer merangkap duda paling hot dan meletup di Malaysia, Ajai. Ajai begitu laris di pasaran selepas berpisah dengan Nurul beberapa tahun yang lepas. Kebahagiaan pasangan suami isteri yang dikatakan paling romantis dan hot di Malaysia itu, sebenarnya bukanlah seperti yang kita lihat di media, kerana itu semua hanyalah lakonan hipokrit semata-mata dari mereka.
Dulu, pernah tersebar beberapa gambar seperti diambil semasa clubbing Ayu Al-Yahya bersama Ajai hanya selepas beberapa ketika penceraian mereka (Nurul dan Ajai) berlaku. Ya! Shemakin hari shemakin sherashi..
P/s: Apa hubungan Ayu Al-Yahya dengan Scha Al-Yahya agaknya ya?
Anda mungkin juga meminati:

(Galeri) Scha Al-Yahya


July 12, 2009 oleh   
Di dalam kategori GalleryScha Al-YahyaSelebritiTempatan
Share70

BIODATA SCHA AL-YAHYA

Nama: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
Nama Komersial: Scha Al-Yahya
Usia: 26 tahun (2009)
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah
Tinggi: 5 kaki 7 inci
Berat: 50 kg
Iklan: Hotlink, Nokia, Olay
Filem: Antoofighter, Histeria, Papadom
Drama: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Awan Dania dan banyak lagi..
Muzik kegemaran: Yang rancak
Minuman kegemaran: Jus Tembikai
Warna pilihan: Putih
Artis kegemaran: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
Tempat kegemaran: Club Med, Cherating
Idola: Tun Dr Mahathir
Tabiat buruk: Terlalu banyak berfikir
Gelaran: Juara Dewi Remaja 2006
Disclaimer: Some pictures courtesy by others. We DO NOT claim anything from our “hosted at” watermark since it just for hotlink’ing prevent.

(Gambar) Romantis Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Bercuti Di Korea Selatan


Seronok lihat pasangan selebriti bercinta  Awal Ahsaari dan Scah Al-Yahya bercuti di Korea Selatan. Sebelum anda membuat kesimpulan yang bukan-bukan, mereka berada di Korea Selatan atas dasar kerja dua dalam satu. Maksudnya bekerja sambil bercuti. Gambar yang kami perolehi ini di ambil daripada rakan media, Budiey yang turut berada dalam percutian tersebut.
Gambar-gambar ini diambil semasa Awal dan Scha menjalani penggambaran program Travelogue bersama AirAsia X. Ini lah peluang merpati dua sejoli ini untuk menghabiskan masa bersama selepas sibuk dengan karier masing-masing. Romantis bukan?
Tentang program Travelogue ini, Awal ditugaskan menjadi pengacara manakala Scha diterbangkan khas sebagai tetamu dalam program ini. Korea Selatan merupakan salah satu destinasi yang akan dipaparkan dalam program ini. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi penerbangan yang ditawarkan oleh AirAsia X.
Ohartis tak nak cakap banyak, layan saja gambar-gambar romantis pelakon Awal Ashaari & Scha Al-Yahya semasa mereka menjalani pengambaran program Travelogue bersama AirAsia X ini.
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
OH! ARTIS: BILA ARTIS BERSIKAP TERBUKA TENTANG PERCINTAAN MEREKA JARANG KITA DENGAR KONTROVERSI MURAHAN. BETUL TAK?