Fizz Fairuz Putus Tunang – Bertunang Dengan Isteri Orang
Pertunangan Fizz Fairuz secara senyap yang mencetuskan kontroversi minggu lalu nampaknya tidak bertahan lama apabila Fizz Fairuz telah memutuskan ikatan pertunangan tersebut pada hari Ahad yang lalu.. Menurut Fizz Fairuz, Keputusan untuk memutuskan tali pertunangan itu dibuat setelah dia mendapat tahu yang wanita itu sebenarnya adalah isteri orang..
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.”Fizz Fairuz juga tidak menyangkal kemungkinan dia terkena buatan orang, Malah sebelum ini Almy Nadia juga pernah menasihati beliau untuk pergi berubat.. Fizz Fairuz turut meminta maaf kepada semua dengan apa yang telah terjadi..
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
“Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.”
“Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung.”Tambah Fizz Fairuz, empat hari selepas pertunangannya, Barulah dia mengetahui yang tunangnya itu adalah isteri kedua seorang usahawan, dan mereka telah bernikah di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”
Sumber: Akhbar Metro
No comments:
Post a Comment