Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

petua mengekalkan perkahwinan

Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah dan Dr. Abdullah Hassan, pasangan yang berjaya adalah pasangan yang berjaya mengekalkan perkahwinan mereka dengan sedaya -upaya berusaha ke arah itu. Tahukah anda apakah resepi-resepi yang mereka lakukan bagi menjamin kebahagian dan keharmonian hidup itu? Antaranya ialah :

 

1. Komunikasi Secara Baik 
Ia adalah satu sikap yang harus ada pada pasangan anda. Seperti sikap bersopan -santun terhadap pasangan anda, beramah -mesra, bergurau-senda dengan pasangan anda sebenarnya mampu untuk mengelakkan diri anda daripada bersikap mengkritik atau melukakan hati si dia. Sikap seperti ini juga akan membuatkan pasangan anda akan lebih dihargai dan menjadikan dia sebagai pendengar setia setiap masalah yang anda hadapi bersama.

2. Membina Intelek Dan Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Tahukah anda setiap pasangan amat wajar sekiranya antara kamu berdua saling berusaha untuk meningkatkan daya intelek dan ilmu pengetahuan masing-masing dengan cara mempelajari ilmu fardu ain atau pun ilmu kifayah. Dengan cara ini, anda bolehlah mempraktikkannya dalam kehidupan berkeluarga.

3. Berbincang Secara Terbuka 
Setiap pasangan menginginkan waktu yang sesuai untuk memperuntukkan masa bersama dengan pasangannya sama ada di hujung minggu, waktu rehat dan sebagainya. Mengapa waktu sebegini amat perl? Kerana ini adalah masa untuk anda meluahkan segala isi hati anda terhadap pasangan anda dalam apa jua hal rumahtangga kerana ia amat penting dalam sesebuah hubungan suami isteri. Yakinlah bahawa setiap hasil daripada sesi perbincangan tersebut akan dapat memuaskan hati semua pihak.

4. Saling Mengimbas Masa Lalu Yang Membahagiakan 
Siapa yang tiada kenangan manis? Sudah pastinya anda adalah di kalangan orang yang rugi dalam kehidupan anda sendiri. Ingatlah sentiasa pada pasangan anda saat anda bahagia menjadi ratu hatinya suatu ketika dulu. Ingatkan juga pada kenangan zaman anda bercinta..awal perkahwinan..sudah pasti ia akan membuatkan anda tersenyum pada pasangan anda. Kemudian selang-selikanlah ia dengan gurauan mesra berserta sentuhan manja kepadanya kerana dia pasti akan dapat merasai detik itu seakan kembali mengusik sanubari.

5. Lakukan Aktiviti Bersama-Sama 
Pasangan harus melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. Seperti contoh di hujung minggu anda bersama pasangan anda membersihkan halaman rumah bersama, menanam pokok, menghias sudut istirehat dan sebagainya.

6. Berdua Itu Kadangkala Lebih Romantis 
Sesekali ajaklah pasangan anda keluar berjalan berdua tanpa anak-anak di sisi anda. Waktu tersebut sudah pastinya anda akan cuba bermesra dengan pasangan anda seperti berjalan sambil berpegangan tangan, makan bersuapan dan menonton wayang bersamanya. Pastinya ia menjanjikan satu hari yang amat bermakna buat anda berdua. Sesekali tidak ada salahnya sebab golongan hawa ni suka dihargai.. 



7. Sentiasa Bersama Pasangan 
Ketahuilah bahawa waktu yang paling bermakna adalah waktu ketika pasangan anda sentiasa berada di sisi anda sewaktu sedih atau gembira.

8. Menziarahi Keluarga Yang Terdekat 
Jika anda dan pasangan memiliki masa yang terluang sesekali anda ziarahi keluarga dan sahabat handai anda kerana ini boleh meningkatkan hubungan silaturahim serta kuantiti kefahaman diri terhadap pasangan anda.

9. Menjaga Penampilan 
Tidak kiralah dimana anda berada terutama isteri sentiasalah bijak dalam setiap pemilihan pakaian anda ini untuk mengelakkan pasangan anda bosan dengan penampilan anda yang sama. Manakala pasangan suami pula janganlah kebersihan diri anda dengan sebaiknya kerana dari apa yang ada pakaikan, sarungkan dibadan anda sebenarnya menggambarkan diri dan keluarga anda sendiri. Pakailah dan hiasalah keperibadian anda secara bersederhana kerana Nabi S.A.W. kita juga suka akan penampilan yang bersih.

10. Layanan Seks 
Suami dan isteri haruslah berusaha untuk memberi layanan seks yang memuaskan dan menyenangkan kepada pasangannya. Ingatlah sesebuah perkahwinan yang bertahan kunci utamaya adalah kepuasan seks selain dari kesefahaman, kepercayaan, keterbukaan dan memahami pasangan masing-masing.



11. Mahir Mendengar 
Kemahiran mendengar yang tinggi akan akan membuatkan pasangan anda meluahkan isi hatinya dengan rasa senang di hati.

12. Memberi Kemaafan 
Perhubungan suami isteri sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan. Akan tetapi ingatlah bahawa sikap kemaafan itu sebenarnya mampu membawa sebuah ketenangan dalam rumahtangga anda.

13. Sentiasa Menghiburkan Pasangan 
Kekalkanlah sikap romantis anda sehingga ke akhir hayat biarpun anda berdua sudah pun memilik anak yang ramai dan cucu yang meriangkan. Mengapa? Kerana Rasulullah S.A.W. juga menggauli isterinya dengan suasana yang mesra sekali d isamping isterinya. Maka itu rajin-rajinlah bergurau dan menyenangkan pasangan anda agar keadaan rumahtangga anda akan lebih ceria dan bahagia.




Cahayacinta
***************************************************************************************************************** 
 
 
 
 
 
 

Nuffnang Ads

Related Post



[Iklan Text]: Berminat Untuk Mendapatkan Tahap Kesihatan Yang Optima? Klik Sini! 

khasiat hubungan kelamin dalam perkahwinan



Telah kita ketahui bahawasanya seks adalah suatu yang teramat penting bagi setiap insan. Tapi pastikan seks didahului dengan ikatan perkahwinan yang sah dan halal dari segi agama. Barulah keberkatan di sebalik perkahwinan itu sentiasa memayungi pasangan suami isteri.


Kebahagiaan sesuatu perkahwinan itu bermula dengan hubungan kelamin yang baik antara suami isteri. Bukan hanya kerana keinginan melakukannya sahaja tetapi ini adalah kerana terdapat pelbagai manfaat disebaliknya.


Antaranya ialah:


1. Kajian telah menunjukkan bahawa ketika wanita bercinta, mereka mengeluarkan hormon estrogen dua kali ganda dari biasa. Ini yang membuatkan rambut mereka berkilau dan kulit mereka lebih halus.


2. Hubungan intim yang lembut dan rileks juga dapat mengurangkan risiko terkena dermatitis, mengurangi jerawat dan membuat kulit bercahaya.


3. Seks juga dapat membakar kalori yang telah kita makan sebelumnya, misalnya dalam acara makan malam yang romantis.


4. Seks merupakan senaman yang paling bagus sekali, kerana ianya dapat meregangkan dan menggerakkan seluruh otot-otot tubuh. Dan tentu saja, ianya jauh lebih asyik daripada berenang 20 kali ulang alik.


5.Tekanan perasan? Kajian telah mengatakan bahwa seks adalah ‘ubat’ yang paling mujarab untuk menyembuhkan tekanan perasaan. Ini adalah kerana, seks dapat membuatkan tubuh melepaskan endorfin ke dalam aliran darah, yang kemudian menghasilkan rasa eforia. Hasilnya, anda merasa diri anda menjadi lebih tenang selepas itu.


6.Lebih banyak seks yang anda lakukan, lebih banyak lagi kenikmatan yang akan anda tawarkan kepada pasangan anda. Tubuh yang aktif secara seksual memberi zat kimia yang disebut feromon. Ini adalah aroma yang akan membuat pasangan anda merasa nikmatnya.


7.Seks adalah ‘ubat penenang’ teraman di dunia. Konon, keberkesanannya adalah 10 kali lebih baik berbanding valium.


8.Berciuman setiap hari juga akan membuat anda senang hati kerana anda tidak perlu membuat temujanji dengan doktor gigi lagi. Berciuman dapat membantu dalam proses mencuci bekas-bekas makanan dan mengurangi kadar enzim bau masam yang mengakibatkan pembusukan, serta mencegah penumpukan plak.


9.Sakit kepala juga bisa dihilangkan oleh seks yang nikmat. Sesi-sesi percintaan mampu dalam melepas ketegangan pada saluran peredaran darah di otak.


10.Kegunaan seks yang terakhir adalah sebagai antihistamin. Seks akan membantu memerangi asma dan demam.

10 tips mudah hamil



Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. 

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap


Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.

Akibat melakukan hubungan seks ketika haid


Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….

4 jenis hukum untuk berkahwin




Perkahwinan dalam Islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulamak.

Firman Allah S.W.T. : "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada kalangan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan)." -Surah An-Nur Ayat 32.

1. Difardhukan

Apabila YAKIN akan terhindar daripada kancah penzinaan dan menyucikan maruah dan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama Islam.

2. Diharamkan

Apabila individu itu YAKIN bahawasanya ia akan berlaku ZALIM terhadap pasangannya dengan melakukan KEKERASAN, KEZALIMAN, KETIDAKADILAN dan akan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dalam menyediakan keperluan asas rumah tangga serta nafkah zahir dan batin.

3. Dimakruhkan

Apabila BIMBANG tidak dapat berlaku ADIL terhadap isterinya kerana UZUR (penyakit) atau usia yang LANJUT atau memiliki sifat-sifat BURUK yang di luar kawalan dirinya sendiri.

4. Disunatkan

Jumhur Ulamak berpendapat bahawa dianggap sunat berkahwin JIKA merasakan diri itu tiada kebimbangan akan berlakunya zina walaupun diri itu sempurna atau untuk menuntut ilmu.

Quotes Collection

Ciri2 Isteri derhaka menurut Rasulullah s.a.w



1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami 


Ibnu Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami 

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: ”Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami 

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami 

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

35 pantang larang untuk bakal pengantin



1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. Mungkin kerana nak menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri daripada perkara sihir.

7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8. Elakkan meminum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

9. Kurangkan memakan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama - (ini macam tak leh pakai jer).

10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

13. Elakkan terlalu banyak memakan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksik.

14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

17. Untuk perempuan, pastikan diri sentiasa bersih. Cukur apa-apa yang patut.

18. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

20. Elakkan meminum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

21. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

22. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

23. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

24. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

25. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

26. Jangan bercelak atau berlangir(berbedak ler) serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

27. Elakkan makan dan minum sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

28. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

29. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

30. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung - ini dah jarang orang buat dah.

31. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

32. Jangan makan leher ayam nanti terlentuk masa bersanding (di hadapan saudara-mara jer).

33. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

34. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

35. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

p/s: kebanyakkannya lebih kepada petua org tua-tua je nie...apa-apa pun, buat yang mana patut sahaja ok =) ...yang lain tu kalau rasa tak patut buat, tinggalkan je...

Mari Berzikir