Thursday, March 22, 2012
Gambar Bogel Kirana Larasati Tersebar di Internet?
Gosip Panas dari seberang! Gambar bogel bintang “Purple Love”, Kirana Larasati dikatakan tersebar luas di internet. Tapi, macam biasa tuan punya badan menafikan gambar tersebut adalah diri beliau.
Menurut salah satu forum hiburan dari negara jiran, foto bogel Kirana Larasati adalah hasil super imposse (ubahsuai) dari aplikasi Adobe Photoshop. Peminat-peminat Kirana juga tidak percaya bahawa gambar bogel artis Indonesia itu adalah gambar Kirana Larasati.
Gambar bogel Kirana Larasati menggambarkan seorang wanita baring di atas katil dan mengusap payudara dengan rambut. Manakala gambar yang lain, wanita yang dikatakan Kirana Larasat itu bergambar bogel tanpa seurat benang, hanya rambutnya yang menutup sebahagian daripada payudara wanita tersebut. –
Thursday, March 15, 2012
Melebatkan Rambut Secara Tradisional
Petua 1:
Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.
Petua 2:
Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.
Petua 3:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.
Petua 4:
Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.
Petua 5:
Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.
Petua 6:
Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.
Petua 7:
Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
Petua Menghilangkan RESDUNG
Petua 1:
1. Sedikit akar terung kemar
2. Sedikit akar mengkunyit
3. Akar melur susun
4. Akar melur biasa
5. Kemenyan
Caranya:
Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.
Petua 2:
• Hiris halus 3 biji bawang merah.
• Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
• Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
• Wapkan ke muka anda.
Petua 3:
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya
Petua 4:
1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.
2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.
3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.
Manohara Dakwa Gambar Seksi Berparti Telah Diedit [2 Gambar]
Rasanya anda kenal dengan Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak itu Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan modelling di Indonesia. Gambar-gambar terbaru Manohara berparti telah tersebar di Internet. Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya dan gambar-gambarnya sedang diambil.
Walaupun di Indonesia,gambar-gambar tersebut tetap menimbulkan sedikit kekecohan, namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang itu mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit. Biasalah, alasan standard, tapi anda sendiri boleh menilai keasliannya. Lagi 3 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. – nara
Friday, March 9, 2012
16 Foto Terbaru, Nabil & Zira Bahagia Bersama!
Nabil yang hadir bersama isteri kelihatan bersahaja dengan kemeja berwarna biru laut manakala Zira pula mengenakan baju berwarna hijau. Ketika ditanya samada Zira sudah berbadan dua, Nabil hanya menjawab masih belum ada rezeki lagi.
Untuk pengetahuan, Nabil akan membintangi drama dalam slot Senda Pagi yang berjudul, “Mak Lang Datang, Kompang Bergendang”. Drama ini akan dibintangi bersama Seha dan juga Leez.
Kepada peminat-peminat diluar sana, sengaja jurugambar Eh! Artis hidangkan anda dengan gambar terbaru Nabil & Zira. Layankan saja!
Thursday, March 8, 2012
Rahsia Mata Wanita
Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung - Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tetapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


