Search This Blog

Friday, October 28, 2011

Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri

Petua 1:


Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.



Petua 2:



Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.



Petua 3:



Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.



Petua 4:



Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”



Petua 5:



Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

Doa Penguat Zakar

Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakar anda ketika hendak berjimak nescaya jadi kuatlah dia. InsyaAllah.




بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.



Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. (Baca 3 kali)

Fadhilat Ayat Bismillah 5

Maksudnya




1. Dengan nama Allah yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui yg tiada sesuatu apapun sepertinya, dan DIA lah(Allah) amat mengetahui segala sesuatu.



2.Dengan nama Allah yg Maha mencipta dan Maha Mengetahui dan Dialah (Allah) yg Maha mengetahui Maha mengerti.



3.dengan nama Allah yg tiada sesuatu apapun sepertinya dan dialah (Allah) yg Maha Mengetahui dan Maha mengerti.



4.Dengan nama Allah yg tiada sesuatu apapun sepertinya,dan dialah (Allah) yg Maha perkasa dan maha pemurah.



5.Dgn nama Allah yg tiada sesuatu apapun sepertinya dan dialah (Allah) yg maha mengetahui lagi maha kuasa.



6.Dgn nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang yg tiada sesuatu apapun sepertinya dan dialah (Allah) yg Maha pengampun lagi maha penyayang,Maka dialah (Allah) sebaik-baik penjaga,dan dialah (Allah) yg lebih penyayang







Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:



1. Penawar bisa diri



2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang



3. Penawar bisa-bisa badan.



4. Penawar bisa batu merian



5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.







Cara Merawat:



Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.







Fadhilatnya:



1. Makbul segala hajat dan cita-cita.



2. Luas rezki



3. Menang dalam peperangan.



4. Penerang hati.



5. Dijauhkan dari segala penyakit.



6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim



7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.



8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.



9. Aman daripada binatang buas.



10. Air laut menjadi tawar.



11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.



12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.



13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.



14. Terselamat dari karam di laut.



15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)



16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.



17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.



18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.



19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.



Petua Untuk Melembutkan Rambut



                                                       1. Ambil secekak daun dan batang kangkung.



2. Ramaskan kesemuanya sampai hancur.

3. Apabila kangkung sudah hancur, ia akan mengeluarkan lendir.

4. Seterusnya sapu atau lumurkan saja lendir tersebut pada rambut dan kepala.

5. Urut bahagian kepala lebih kurang dalam 15 minit.

6. Akhir sekali, bilas kepala dan rambut anda dengan air bersih.

7. Amalkan petua ini seminggu sekali

Petua Menangani Cemburu Buta

Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya. Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.




Kekasih kita itu bukan milik kita. – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.



Dekatkan diri pada Maha Pencipta. – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati akan hilang.
 



Petua Menangani Cinta Jinak-Jinak Merpati

1. Jangan terlalu banyak berharap - Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.


2. Kenali Isi Hatinya – Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.

3. Dekati Keluarganya – Biasanya seorang wanita jenis jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.

4. Lihat Bahasa Tubuhnya – Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.
 


Petua Untuk Bergaul Dengan Orang Yang Anda Benci Sangat

1. Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak, mohon ampun pada Allah s.w.t. sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan berasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari. Allah s.w.t. tidak suka orang yang benci-membenci. Kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.




2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda. Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.