Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

Dikubur tanah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERTIMBUS...anggota bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Gambar kecil, Amir, maut.
TERTIMBUS...anggota bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Gambar kecil, Amir, maut.
JELI: Seorang pekerja kontrak yang sedang mencangkul bagi meratakan tanah dalam lubang sedalam 1.5 meter bagi kerja penggantian paip lama, di Kilometer 81, Kampung Air Puteh, Lakota, dekat sini, terbunuh akibat tertimbus tebing lubang berkenaan yang runtuh, pagi semalam.
Kejadian jam 10.50 pagi itu berlaku ketika remaja berkenaan, Mohamad Amir Mohd Azmi, 14, bersama empat pekerja lain melakukan kerja penggantian paip lama apabila tebing lubang yang dikorek menggunakan jengkaut sebelum itu, runtuh.
Kemalangan menyebabkan mangsa yang tidak bersekolah parah di kepala dan patah tulang rusuk kanannya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi, Mohd Shukri Mohd Rashid, 19, tanah di sebelah kanan Mohamad Amir runtuh tiba-tiba dan menimbus seluruh tubuhnya.


Mohd Shukri yang juga sepupu mangsa berkata, dia serta rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas dan ketika ketika itu, dia berada dua meter dari Mohamad Amir.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Meraung ratap anak hanyut

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
USUNG...jenazah mangsa dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Hospital Tanah Merah.
USUNG...jenazah mangsa dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Hospital Tanah Merah.
TANAH MERAH: Seorang wanita hanya mampu meraung memanggil nama anaknya yang hilang dihanyutkan arus deras di Lata Hujan, Ulu Kusial, di sini, selepas gagal menarik tangan kanak-kanak itu yang terkapai-kapai dalam air, kelmarin.
“Saya cuba menyelamatkan Irfan dengan menarik tangannya, tetapi air terlalu deras menyebabkan dia hanyut sebelum hilang daripada pandangan,” kata Aznira Abdullah, 37, ibu kepada Muhammad Irfan Anuar, 12.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, kegembiraan Aznira membawa dua anaknya berkelah di pusat rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila Muhammad Irfan maut dihanyutkan arus deras.

Berikutan itu, usaha mengesan mangsa digerakkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ).


Misi menjejaki mangsa berakhir lebih enam jam kemudian apabila mayat Muhammad Irfan ditemui pada jam 10.37 malam, sejauh 50 meter dari tempat dia terjatuh dan hanyut.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

erita | Tempatan

Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

addthis kongsi icon
Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

Media Galeri

Teks Oleh: zyzamani
Email:zyzamani22@gmail.com
Foto Oleh:Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR,2 DIS 2011: Meskipun hujan lebat mengiringi Konsert Pitbull Live In Malaysia yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat peminat penyanyi rap tersebut untuk berundur mencari tempat berteduh.
Sebaliknya, peminat penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang dianggarkan lebih 5,000 orang itu, sanggup berhujan dan basah menanti kehadiran Pitbull yang muncul di pentas sekitar jam hampir 10·30 malam.
Tampil dengan gaya smart bersut hitam, nyata aura penyanyi berimej botak itu, bukan sedikit. Peminatnya menjerit keriangan tatkala menyaksikannya berada di pentas.
Bijak mengawal keadaan dan menghargai peminat yang hadir meskipun hujan lebat, Pitbull beberapa kali mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta sanggup basah kuyup untuk dirinya.
Tidak membazir waktu Pitbull lebih selesa bersilih ganti mendendangkan lagu-lagu popular nyanyiannya serta lagu-lagu kolaborasinya bersama artis lain seperti I Know You Want Me, Give Me Everthing, Rain Over Me, I Like It, On The Floor dan banyak lagi.
Tidak hanya menyanyi, rappers berusia 30 tahun ini juga turut memperlihatkan bakat tariannya yang amat menghiburkan. Gaya lincah dan bertenaganya sepanjang konsert yang berdurasi hampir sejam itu cukup menghiburkan.
Malah peminat yang hadir juga cukup sporting dan mengikut segala permintaan yang diminta oleh penyanyi tersebut antaranya meminta mereka menyanyi dan menari bersamanya.
Lantas harga tiket serendah rm138 dan termahal rm398 yang dikenakan oleh penganjur JS Concert dan Digi amat berbaloi kerana peminat nyata terhibur dengan persembahan yang cukup energetik oleh penyanyi berkenaan.
Terdahulu peminat disajikan dengan persembahan pembukaan oleh Mizz Nina yang mendendangkan tiga buah lagu antaranya What You Waiting For.
Apa pasti, sememangnya konsert Pitbull Live In Malaysia meninggalkan kenangan manis buat peminat yang sekaligus masih lagi mahu penghibur tersebut kembali berkunjung ke sini.

Uwais Alqarni Tuah Buat Shuib dan Siti Sarah

addthis kongsi icon

Uwais Alqarni Tuah Buat Shuib dan Siti Sarah
Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2011: Kehadiran permata hati pertama pasangan selebriti popular, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah selamat dilahirkan sekitar jam 10.19 pagi tadi, nyata merupakah tuah buat pasanga berkenaan.
Diberikan nama Uwais Alqarni, Shuib yang dihubungi portal murai.murai.com.my berkata, dia merasakan kehadiran cahaya mata lelaki berkenaan umpama tuah yang menyinari hidup mereka berdua pada masa kini dan akan datang.
"Ingatkan mahu menamakan dia Tuah Uwais Alqarni tapi telalu panjang sangat. Jadi kami singkatkan saja kepada Uwais Alqarni Bin Shahmira.
"Saya sangat happy, gembira dan seronok dengan kelahiran dia. Ini pun saya baru keluar dari bilik bayi untuk menjenguknya.
"Dialah tuah buat saya dan Sarah untuk 2011. Kehadirannya memberikan saya inspirasi dan semangat untuk lebih maju pada masa akan datang terutama tahun2012 yang bakal menjelang," katanya ringkas.
Uwais Alqarni telah selamat dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10.19 pagi ini, di Hospital Ampang Puteri di sini selepas Siti Sarah dimasukan ke bilik bersalin sekitar jam 8 malam, malam semalam.
Susulan daripada kelahiran pengarang jantungnya itu, Shuib berkata ia melahirkan rasa insaf dan bangga kerana dapat melihat sendiri keperitan isterinya itu melawan kesakitan sebelum melahirkan sehingga bayi berkenaan lahir ke muka bumi.
"Sarah telah dimasukan di hospital sejak dua hari lepas dan dia ada meminta saya untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana ketika itu saya masih di Sabah kerana ada persembahan di sana.
"Memang merisaukan saya. Malah saya tak henti berdoa kepada Tuhan supaya saya berpeluang berada di sisi Sarah dan dapat melihat anak saya dilahirkan. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Tuhan dan saya berpeluang menyambut kehadiran anak saya.
"Sejak semalam lagi saya tak tidur menanti detik bermakna ini. Lebih-lebih lagi Sarah yang langsung tidak dapat melelapkan mata dan tidak boleh duduk diam kerana menahan kesakitan sebelum kelahiran.
"Alhamdulillah, bila dia dimasukan ke dalam bilik bersalin sekitar jam 8 malam semalam, doktor berkata bahawa Sarah terpaksa dibedah sekitar jam 9 pagi untuk memudahkan urusan bersalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.
Sementara itu dia bersyukur dan berterima kasih dengan ucapan tahniah daripada rakan- taulan serta pihak media.
Siti Sarah hanya akan dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua hari lagi.
Sekalung tahniah penuh kebahagian daripada warga portal murai.com.my buat Siti Sarah dan Shuib Sepahtu.

Nazmi Tergamam Dikaitkan Dengan Neelofa

addthis kongsi icon

Nazmi Tergamam Dikaitkan Dengan Neelofa
Teks oleh Razif Rosdi
Email: razif_rosdi@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 6 DIS 2011: Tatkala pemain bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17 mendapat tahu dirinya digosipkan bersama pelakon jelita, Neelofa, figura itu nyata terkejut sambil berfikir panjang akan punca cerita itu boleh tersebar luas di laman maya.
Bagaimanapun, Nazmi yang agak pemalu orangnya memberitahu portal murai.com.my, bahawa dia meminati Neelofa setelah melihat kekerapan wajah cantik aktres itu menghiasi majalah hiburan tempatan.
Malah, anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu.
"Jujur saya katakan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Neelofa. Jadi, kalau saya tak pernah jumpa dengan dia, bagaimana pula saya boleh dikatakan makan malam bersamanya? Terus-terang, saya mendapat tahu diri saya dikaitkan dengan Neelofa daripada kawan saya sendiri yang juga seorang pemain bola sepak.
"Selepas mendapat tahu, saya terus membaca gosip berkenaan. Walaupun saya terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya juga adalah peminat Neelofa.
"Buat sementara waktu, saya tidak akan berjumpanya memandangkan saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk perlawanan akan datang. Pun begitu, saya tidak boleh menolak andai kata berpeluang bertemu dengan dia," katanya.
Dalam pada masyarakat rancak mempersoalkan gosip berkenaan, Nazmi turut dikatakan sudah mempunyai pasangan kekasih bernama Nadia Ismael. Ternyata, Nazmi tambah terkejut apabila mendengar nama itu dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.
"Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.
"Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.
"Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa," jelasnya.
Sementara itu, jejaka yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu turut mengakui banyak perubahan berlaku sebaik saja dia pulang dari Sukan Sea 2011 di Indonesia. Pun begitu, dia memberitahu populariti bukanlah suatu perkara yang diidamkannya selama ini.
"Apa yang berlaku sekarang adalah rezeki saya. Saya tidak pandang pada populariti tetapi lebih mengambil berat terhadap karier saya pada masa akan datang. Saya mahu menambahkan fokus saya. Memang benar, hidup saya sudah mula berubah dan ke mana saja saya pergi pasti ada saja peminat bola sepak yang menegur dan mahu bergambar bersama saya.
"Namun, saya tidak menolaknya dan melayan dengan sebaiknya kerana saya tahu tanpa sokongan mereka, saya dan rakan sepasukan tidak akan sampai ke tahap ini. Saya berterima kasih kerana melabelkan saya sebagai seorang hero Malaya.
"Bagi saya, panggilan ini bukan untuk saya seorang saja. Ia lebih sesuai ditujukan kepada seluruh pasukan saya yang sama-sama berjuang di medan pertempuran. Tiada seorang pun yang terkecuali," ujarnya.
Fakta yang anda perlu tahu tentang Nazmi Faiz
1. Sanggup meninggalkan akademik dengan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana merasakan dirinya lebih menyerlah dalam bidang sukan bola sepak.
2. Akademik masih lagi menjadi tunjang utama dan menganggap ia satu perkara yang boleh dilaksanakan tidak kiralah jika seorang itu sudah meningkat usia.
3. Masih belum ketahui tarikh untuk menduduki SPM kerana segalanya sedang diuruskan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Sejak berusia 6 tahun lagi, Nazmi sudah mula bermain bola sepak dengan memaksa ayahnya untuk bermain bersama.
5. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.
6. Seluruh keluarganya meminati bola sepak namun dirinya saja yang mempunyai bakat besar dalam bidang ini.

Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia

addthis kongsi icon

Adik Kesayangan Apex Meninggal Dunia
Teks oleh Razif Rosdi
(razif_rosdi@astro.com.my)

KUALA LUMPUR, 5 DIS 2011: Sebaik saja penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, menjelaskan mungkin bakal bersara awal sekiranya pelbagai tohmahan negatif berterusan melanda dirinya, portal murai.com.my mendapat tahu musibah lain pula menimpanya.
Adik lelaki kepada penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 itu, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12 tengah hari tadi.
Adiknya itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman di bahagian otak.
Menurut sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.
Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.
Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.
Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.
Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.
Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat Apex sekeluarga dan mengharapkan agar Apex tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik hero Malaya ini.

Cewek Indon mengejar Apex ( Khairul Fahmi )

Wah..dalam pada sejenak kelibat incek khairul fahmi che mat kita ini terpampang kehebatan beliau. Penangan Khairul Fahmi Cewek Indon pula bermaharaja lela di sini...hehe...Bermacam-macam keyword yang terdampar kali ini. Siapa bilang khairul fahmi ini cewek indon memanglah sengal. Hahaha. Sejak bila pula My Incek Apek ini menjadi cewek indon ya?? kelakar-tak-tahan-nak-gelak bila lihat semua ini. 

  Mungkinkah yang dicari oleh mereka adalah perempuan-perempuan di bawah ini yang menjadikan incek apek ini sebagai igauan mereka? Jom kita terjah? Yeah....Kembara kelana mencari kebenaran..lalala~~
Manohara : "Si Khairul Fahmi itu keren banget dech.."
 Tapi hakikatnya...sila jenguk sini..hahaha~~ meraung la anda...miahahahah... Jupe...NoraDanish...Hanis Zalikha...awek-awek semua... kalau nak jugak jejaka idaman Asia ni.. sila lah jangan menangguk di air keruh ya... hehehe... Jangan jeles... Hidup ini masih lagi panjang loo...miyahahaha...

 Untuk kenangan...sila lihatlah foto bareng sama khairul fahmi ini dulu... hehe..


Kalau ada yang kacau member-kepada-member pendekar ni... bilang saja.. adalah akibatnya nanti.. 
okay...stop in situ...lalala~~


Khairul Fahmi Cewek Indon?? miyahahahahahah...