Thursday, November 17, 2011
Internet boleh buat duit??betul ke?
Ramai sungguh orang reply email saya baru-baru ini. Ada yang tak percaya tentang apa yang saya ceritakan. Diorang tak percaya pasal buat duit melalui internet. Ada yang kata saya menipu. Ada yang kata saya ambil kesempatan. Ada yangmempertikaikan keikhlasan saya.
Takper lah orang nak kata apa pun. Saya tak kisah sangat. Yang penting, saya tau apa yang saya buat. Saya tau apa niat saya. Dan saya ada matlamat saya sendiri. Saya fokus kepada sasaran yang ingin saya capai dalam blog PakarHowTo.Com ini.
Apa-apa pun, dalam ramai-ramai yang reply email saya, tak kurang juga yang bertanyakan macam-macam hal kepada saya. Ada yang minta saya ajar mereka secara personal. Ada yang tanya itu la ini la. Ada yang mengadu masalah, kena tipu la dan sebagainya. Malah ada juga yang minta simpati supaya bagi derma pada diorang. Pendek kata, macam-macam adaaa …Alahai…alahai….
Apa-apa pun, kepada yang menghantar dan membalas email saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya sangat hargai komen2, pandangan dan luahan hati anda semua. Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka insyaAllah.
Kepada mereka yang komplen dan tak percaya dengan saya. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tak menipu. Saya tak manipulasi orang lain. Saya jujur dan ikhlas berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman yang saya ada dengan pembaca blog ini. Memang itu pun tujuan blog ini diadakan sebenarnya. Semata-mata untuk berkongsi info dan sikit sebanyak ilmu yang saya ada. Lagipun, memang hobi dan kesukaan saya berkongsi cerita dan pandangan dengan orang lain. Salahkah saya?
Anyway, kalau korang nak sangat saya tunjukkan bukti pendapatan saya dari internet. Nah ni tengok gambar di bawah ini. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk atau berbangga. Tapi sekadar membuktikan bahawa saya ni bukanlah seorang penipu besar.


Saya harap, selepas ini, tiada lagi orang yang mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan saya dalam berkongsi pengalaman saya di sini.
Ampun maaf jika ada terkasar bahasa. Saya sekadar ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam email2 kepada saya.
Kepada yang bertanya maca-macam hal kepada saya, saya minta maaf tak dapat jawab kesemuanya. Sebab saya juga terbatas dek kekangan masa kerja saya. Namun, kepada yang berminat tentang bisnes internet dan ingin memulakan langkah pertama anda, maka saya saya sarankan anda agar mendownload kesemua ebook yang saya nyatakan dalam post sebelum ini, iaitu seperti di alamat berikut ;
http://tinyurl.com/percuma20
Tapi sebelum apa-apa, mungkin anda semua WAJIB baca ebook di bawah ini dulu. Sebab apa yang dituliskan dalam ebook ini adalah sangat penting untuk difahami. Penipuan Di Internet (Wajib Baca) Klik link tersebut untuk download ebook ini.
Kepada pembaca2 setia yang lain, maaf jika perkara ini tiada kaitan dengan korang. Sorry lah yer…sesungguhnya saya sangat menghargai kehadiran anda semua di blog ini!
Takper lah orang nak kata apa pun. Saya tak kisah sangat. Yang penting, saya tau apa yang saya buat. Saya tau apa niat saya. Dan saya ada matlamat saya sendiri. Saya fokus kepada sasaran yang ingin saya capai dalam blog PakarHowTo.Com ini.
Apa-apa pun, dalam ramai-ramai yang reply email saya, tak kurang juga yang bertanyakan macam-macam hal kepada saya. Ada yang minta saya ajar mereka secara personal. Ada yang tanya itu la ini la. Ada yang mengadu masalah, kena tipu la dan sebagainya. Malah ada juga yang minta simpati supaya bagi derma pada diorang. Pendek kata, macam-macam adaaa …Alahai…alahai….
Apa-apa pun, kepada yang menghantar dan membalas email saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya sangat hargai komen2, pandangan dan luahan hati anda semua. Saya terima semuanya dengan hati yang terbuka insyaAllah.
Kepada mereka yang komplen dan tak percaya dengan saya. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tak menipu. Saya tak manipulasi orang lain. Saya jujur dan ikhlas berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman yang saya ada dengan pembaca blog ini. Memang itu pun tujuan blog ini diadakan sebenarnya. Semata-mata untuk berkongsi info dan sikit sebanyak ilmu yang saya ada. Lagipun, memang hobi dan kesukaan saya berkongsi cerita dan pandangan dengan orang lain. Salahkah saya?
Anyway, kalau korang nak sangat saya tunjukkan bukti pendapatan saya dari internet. Nah ni tengok gambar di bawah ini. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk atau berbangga. Tapi sekadar membuktikan bahawa saya ni bukanlah seorang penipu besar.
Saya harap, selepas ini, tiada lagi orang yang mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan saya dalam berkongsi pengalaman saya di sini.
Ampun maaf jika ada terkasar bahasa. Saya sekadar ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam email2 kepada saya.
Kepada yang bertanya maca-macam hal kepada saya, saya minta maaf tak dapat jawab kesemuanya. Sebab saya juga terbatas dek kekangan masa kerja saya. Namun, kepada yang berminat tentang bisnes internet dan ingin memulakan langkah pertama anda, maka saya saya sarankan anda agar mendownload kesemua ebook yang saya nyatakan dalam post sebelum ini, iaitu seperti di alamat berikut ;
http://tinyurl.com/percuma20
Tapi sebelum apa-apa, mungkin anda semua WAJIB baca ebook di bawah ini dulu. Sebab apa yang dituliskan dalam ebook ini adalah sangat penting untuk difahami. Penipuan Di Internet (Wajib Baca) Klik link tersebut untuk download ebook ini.
Kepada pembaca2 setia yang lain, maaf jika perkara ini tiada kaitan dengan korang. Sorry lah yer…sesungguhnya saya sangat menghargai kehadiran anda semua di blog ini!
panduan dan cara untuk membuat orang tertarik pada kita
- 1. Murahkan SENYUMAN
Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Tapi cuma 1 saya nak kata, senyuman sayalah yang menjadi asbab pertemuan saya dengan isteri saya sekarang.
Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.
* Bagi mereka yang susah nak senyum, lawatilah blog saya ini SmileMakeSmile.
- 2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)
Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.Pernah juga satu hari, ketika saya berjalan menuju ke surau di MidValley, ada seorang Pak Arab memberi salam pada saya, sambil melemparkan senyuman. Walaupun saya tak kenal Pak Arab tu, tapi dia telah beri salam dan senyum pada saya. Masa tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Seronok dan terharu sekali. Terus serta merta dalam hati saya, datang rasa hormat dan suka pada Pak Arab tu (walaupun saya tak kenal dia).
Kisah sebaliknya. Di kilang tempat saya bekerja ni, ada seorang boss (orang Jepun). Boss ni sebenarnya seorang yang baik hati dan pemurah. Saya sudah bekerja dengan dia sejak tahun 2003 lagi. Jadi saya memang kenal dia. Masalah boss saya ni, cuma ada 1 jer. Boss saya ni tak suka senyum dan jarang beri ucap selamat pada orang. Kadang-kadang, orang ucap selamat pagi pun dia tak balas.
Disebabkan oleh sikapnya yang jarang senyum dan jarang beri ucap selamat ni, boss saya ni terkenal sebagai seorang yang sombong dikalangan pekerja di kilang ni. Walaupun dia seorang yang baik hati dan pemurah (selalu belanja saya makan di restoran2 yang mahal dan selalu beli buah tangan dari Jepun untuk saya), tapi disebabkan dia susah nak beri ucap selamat, maka orang lain ingat dia sombong dan berlagak. Sedangkan saya kenal dia, boss saya tu bukanlah seorang yang sombong dan berlagak.
Tapi apa boleh buat, walaupun dia baik, tapi dari pandangan mata orang lain, dia seorang yang sombong dan tidak baik. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya, dia jarang senyum dan jarang beri salam atau ucap selamat pada para pekerjanya.
Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.
- Murahkanlah SENYUMAN
- Sebarkanlah SALAM
Satu lagi usaha yang boleh anda buat untuk membuatkan orang lain tertarik,suka dan sayang pada anda ialah dengan membaca jampi, ayat atau doa pengasih. Berminat nak belajar ilmu pengasih? Klik Sini.
Sekian, semoga dapat amalkan ilmu yang kita dapat.
Zikir dan doa untuk kekal cantik berseri
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Tips mudah untuk ubah sikap
Baiklah, saya kongsikan dengan anda beberapa (30) tindakan yang boleh anda buat untuk ubah sikap anda.
Untuk berubah :
Cuba lakukan sedaya mungkin semua 30 perkara diatas. Kalau tak dapat buat semua, jangan pula tinggalkan semua.
- Anda kena ubah cara fikir.
- Fikir hanya perkara positif.
- Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup.
- Lihatlah hikmah atau kebaikan dalam setiap perkara.
- Berhenti melihat keburukan.
- Berhenti melihat keburukan orang.
- Jangan lihat kesalahan orang lain.
- Jangan terasa diri tu bagus sangat.
- Jauhi sikap sangka buruk.
- Anda kena pandai untuk menghargai sesuatu
- Belajar menghargai orang lain.
- Hargai jasa kawan.
- Buang sikap suka berlengah lengah.
- Tanamkan sifat suka buat “ON TIME” ( segera ).
- Cuba bisikkan pada diri perkataan ini setiap hari “LAKUKAN SEKARANG”. Berhenti daripada sikap suka bertangguh.
- Pandang kebaikan pada setiap perkara.
- Jangan suka mengkritik orang.
- Jangan kutuk orang lain.
- Jadilah orang yang optimist
- Cakap yang baik saja.
- Banyakkan cakap pasal kebahagiaan, pasal kesihatan, pasal hikmah, pasal kelebihan dan pasal kesyukuran.
- Ucap syukur dalam semua perkara.
- Redha dengan ketentuan Allah.
- Jangan sangka buruk dengan Allah.
- Sentiasa minta ampun pada Allah atas segala kelemahan dan kelalaian.
- Maafkanlah orang lain.
- Doakan kebaikan untuk orang lain juga.
- Cuba senyum dan ceria selalu.
- Jaga tutur kata, ucapkan yang baik-baik saja.
- Betulkan cara fikir. Hanya fikirkan kebaikan.
Tips mengenai kitaran haid dan waktu subur wanita
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama
Tips untuk cepat dapat jodoh
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!
*Dapatkan ebook percuma terbaru di sini. Anda cuma perlu daftarkan email anda dan setelah itu bolehlah download ebook tersebut. Kalau anda perkenalkan pada kawan anda dan dia download ebook itu, anda boleh dapat USD 1.00 iaitu RM3.50. Jadi, apa tunggu lagi, download lah ebook tersebut sekarang. Ianya percuma. Download Sekarang!
Subscribe to:
Posts (Atom)





