"aku terima nikahnya, nurfarahin binti romli dengan maskahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."
"SAH..?"
"sah.. sah.."
alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah. Allahuakbar, air mataku berderai. badan menggigil dan seluruh badanku panas (tapi aku cover la kan, banyak camera kotttt uollzz). perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa yang masuk ke dalam diri. mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama ally iskandar bin mohd mardzi. ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu."
sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.
suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah suami. wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh suami. ketaatan aku jatuh kepadanya. jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah dia.
kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah).
kalau dulu... aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, "now, you're not just a student. you're now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health" (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p). kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang' (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.
kalau dulu... aku suka meng'expose'kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk suami aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia (dari Allah tetapi melalui dia) dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (dia lagi. weehee syoknya kawen ;p). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku.
********************
banyak lagi perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha.
selepas berkahwin, aku dapat merasai dengan sendiri ayat yang selalu aku dengar dan baca iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. kebahagiaan yang sama ada boleh dirasa atau 'dilihat' (mungkin boleh dilihat dengan perubahan size badan suami kita: rujuk gambar 'hiasan' di bawah. ahaks). indahnya islam.
:)
No comments:
Post a Comment