Search This Blog

Saturday, August 7, 2010

TEKA - TEKI....

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
2. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan.????
3. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
4. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
5. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
6. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
7. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
8. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
9. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
10. Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?











Jawapan:-
1. Pingguin
2. Telur
3. Donut
4. Pengail ikan
5. Tikus kerana tikus kalu berjalan ekor meleret ke tanah
6. Tapak kaki
7. Nampak pembohong la..mana ada kura2 panjat pokok..hahaha...
8. gasing
9. Batang hidung
10. Sebab dia nak fikir nak buang air kecil x boleh2..hihihi..

No comments:

Post a Comment