Search This Blog

Monday, December 27, 2010

Madah

* Diberi mulut untuk berkata dan menguatkan senyuman,
  agar menyenangkan hati orang disekeliling dan yang berurusan dengan kita.

* Diberi lidah agar pernayakan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran ilahi.

* Rukun beragama mempunyai usul2 yang tertentu,Usul agama bermaksud mulanya sesuatu dengan
Asbab dan cara untuk beramal serta menghadapi denagn berpandukan Al-Quran.

* Selangkah berjalan mencari keredaan tuhan akan dihalang denagn berbagai2 Ujian,Godaan,Gangguan
dan tentangan .hanya keikhlasan sahaja yang mampu menempuhinya.

* Sesungguhnya segala Ujian ,Godaan,Gangguan dan Tentangan itu diizinkan Allah,hanya semata2 mahu
melihat kesungguhan juga untuk memantapkan Wadah perjalanan.

* Bermula berjalan kepada tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada Ibu Kandung dengan sempurna
selagi ia tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.

* Bermula menunaikan hak Ibu Kandung adalah dengan melapangkan hati dan jiwanya,Lapangkanlah hati Ibu dengan menunaikan hak Siasahanya,Jiwanya dan ilmu agama serta doa.

* Berdoalah kepada Allah sentiasa walau diri penuh denagn dosa dan noda,Ingat sesungguhnya Allah  itu maha Pengampun.

* Pengharapan itu biarkan Hayanya kepada Allah,Rujukan surah Al-Taubah ,Renungi ayat demi ayat dan mohonlah kefahaman darinya.

* Dalam banyak2 mekanan yang terbaik adalah gandum,dalam banyak2 air minuman yang terbaik adalah air Zam2..

* Diberi 2 tangan bagi bekerja dan berpaut kepada kekuatan,pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah.

* Diberi 2 telinga,pertama mendengar yang zahir dan kedua mendengar bisikan laduni ( Awas terhadap bisikan syaitan yang sellau mencelah kekeliruan )

* Sejauh manakah kita memahami akan tuntutan iman dan islam itu.islam tanpa iman lemah dan jijik dibaca mata dunia mengapa apa benar.

* Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia2.yang menjadikan sia2itu adalah akal yang tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran hikmah diatas apa yang berlaku.

* Bermusafirlah diatas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan Hatta perlu melancong ketempat2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir.

* Bermula mentarbiahkan fikir itu adalah kebinggungan dalam berfikir ,maka Al-Quran lah jawapannya kepada semua kebuntuan itu.

* Iman tanpa Islam seperti hidup tanpa bertamadun, apa benar kenyataan ini?Apa pula kaitan iman dan Islam itu,menagapa? bagaimana?

Tuesday, December 21, 2010

kalkulator keserasian pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-




Depan = Markah 9

Atas = Markah 8

Bawah = Markah 5



Contoh:-

Nama Lelaki : Ahmad Azhar

Sebutan : Ah + mad + Az + har

Markah : 8 + 8 + 8 + 8

Jumlah : 32



Nama Perempuan : Arni Nazira

Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra

Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8

Jumlah : 34



So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66



Mencari baki :-



Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.



Iaitu:-



66 bahagi 9... baki ialah 3

66 bahagi 7... baki ialah 3

66 bahagi 5... baki ialah 1

66 bahagi 3... baki ialah 0



** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)



Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)



# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)



# 7 - Di masa memasuki pertengahan



# 5 - Di masa menghadapi masa tua



# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)



Jika baki :-



0 - Bulan Purnama

Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.



1 - Biji Di Tasik

Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.



2 - Anak Raja Sekandang

Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.



3 - Anak Raja Kepanasan

Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.



4 - Abu Atas Tunggul

Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.



5 - Telaga Di Bawah Bukit

Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.



6 - Tanduk Seberkas

Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.



7 - Naga Seru

Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.



8 - -sama seperti nombor 0-





Peringatan : Korang jgn percaya sangat.. ni saje jek utk mengisi masa terluang sambil membuat kerja kira-mengira.. ehehehe...







Tuesday, November 30, 2010

Wanita kekuatan untuk lelaki..

Jangankan lelaki biasa,


Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka,

fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan Hawa.



Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,

untuk diluruskan oleh lelaki,

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,



Didiklah mereka dengan panduanNya,

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya mereka akan liat,

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,

Kerana nantinya mereka derita,

Kenalkanlah mereka kepada Allah,

Zat yang kekal,

Di situ punca kekuatan dunia!!!



Akal senipis rambutnya,

Tebalkan ia dengan ilmu,

Hati serapuh kaca,

Kuatkanlah ia dengan iman,

Perasaan selembut sutera,

Hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,

mereka akan lihat nilaian dan keadilan,



Tuhan,

Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,

Kelembutan bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Tuhan,

Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,

Jinakkanlah diri kepada Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya

di bawah pimpinanmu,

Jangan mengharapkan isteri semulia

Fatimah Az Zahra,

Andai dirimu tidak sehebat

Saidina Ali Karamallahawajhah.



Monday, November 22, 2010

jamming

seribu tahun

Seribu Tahun
Imran Ajmain
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia

raya haji 2010

bahagia bersamamu...









Friday, October 22, 2010

CINTA

CINTA SEJATI bukan mengajar kita lemah...
tapi membangkitkan kekuatan
CINTA SEJATI bukan mengajar kita menghinakan diri...
tetapi menghembuskan kegagahan
CINTA SEJATI bukan melemahkan...
tapi menguatkan semangat
Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Walau berliku berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga. Begitu juga hidup ini. Ada naik, ada turunnya. Sehebat mana kita merancang pun... destinasi akhirnya telah ditulis awal-awal lagi olehNya.
Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu kepastian.
*~*~*~*
Menyintai bukan bererti memiliki,
Memiliki bukan bermakna menakluki,
CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
*~*~*~*
Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,
renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar.
Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.
*~*~*~*
Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau,
sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke
Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah
Pulau Impian.
*~*~*~*
Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang
menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika
ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.
*~*~*~*
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.
*~*~*~*
Ramai orang lebih mengenali orang lain,
Tapi...tidak mengenali diri sendiri.
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang
tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.
*~*~*~*
Kalau inginkan kesejahteraan setahun...
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun...
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun...
Maka..didiklah manusia
*~*~*~*
Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita,
tetapi....pentingkan diri orang yang di sekeliling kita juga amat penting
untuk kesejahteraan.
*~*~*~*

Tuesday, September 14, 2010

Raya 2010

Raya kt kg..bermakna kot..disamping org yg tersayang..hihihi..