Search This Blog

Thursday, October 27, 2011

Lisa Surihani dan ceritanya..Dari Mula hingga akhir kot atau ada sambungan lagi..apapon just layanzzz..zazzzz...

Mengikut kata SS yang disampaikan oleh rakan kepada ss, kira cerita atas cerita lah ni.., Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini masa hadir di malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju…
Mengikut kata rakan SS tu lagi yang kami copy pasta terus dari artikel tersebut, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.
Wah.. bestnya.. lepas ni kami pun nak tengok filem seram jugak lah… anda bila lagi? hehehe
Nak baca Soseh-soseh dengan lebih lagi kat sini,

Tadi sebelum persembahan Iqa, protege kepada Edry, Kejutan yang diharapkan oleh peminat – peminat untuk menyaksikan Yusri beraksi bersama dengan Iqa tidak kesampaian.. tapi itu tidak jadi hal.. sebelum tu Edry ada buat kenyataan yang mengatakan Yusri Sibuk berdating dengan Cik L..

Heboh gosip panas yang dikatakan tika dan saat ini antara yusry Kru dan Lisa Surihani, dikatakan mereka berdua sedang dalam proses mengenal hati budi masing – masing dan mungkin juga sedang bercinta.. Jadi kami kongsikan dengan anda sebagai peminat – peminat ,Gambar Yusry Kru dan Lisa Surihani dekat event Rainbow of Hope, rasanya majlis tersebut Lisa surihani yang akan menjadi emcee.


Petang – petang isnin ni kami ingin kongsikan dua keping gambar Yusry Kru dan Lisa Surihani yang beraya bersama di rumah terbuka Norman Kru.
Dua keping gambar berjaya dirakamkan oleh Eyelogue Media ketika majlis rumah terbuka Norman KRU. Lisa Surihani dan Yusry KRU mengenakan pakaian yang sedondon warnanya menyerlahkan keserasian pasangan ini.
Jom tengok gambar Lisa bersama Yusry KRU selepas ini. Untuk anda apa kata like kami di facebook dan follow kami di twitter. Untuk Kami, kami sentiasa sayang pada anda sebagaimana anda sayangkan kami. Layan der!.



Lisa Surihani dalam cover majalah Perempuan untuk edisi 254 ada menyatakan bahawa beliau ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana. Menurut Majalah perempuan Lisa Surihani masih merahsiakan jurusan yang bakal di ambil tetapi masih berkaitan dengan bidang undang – undang.

Teteapi yang lebih nampak sweet gitu. lisa Surihani juga ada meminta izin dari kekasih hati Yusry KRU dan menurut Lisa Surihani , Yusry tiada masalah untuk merelakan gadis ini menyambung pelajaran.
So apa kata anda dapatkan Majalah Perempuan Bil. 254 untuk mengetahui kisah selanjutnya… Sebelum itu jom layan video dibelakang tabir photoshoot lisa surihani untuk cover majalah Perempuan.

Tak lama dulu, utusan malaysia ada melaporkan yang Yusry Kru dan Lisa Surihani bakal berkahwin pada tahun 2013. Dalam laporan tersebut, Yusry KRU mengakui yang beliau merancang untuk mengahwini kekasih beliau, Lisa Surihani pada tahun 2013.
Terbaru ketika ditemui wartawan KOSMO! di rumah terbuka KRU baru baru ini, Yusry KRU telah menafikan laporan tersebut.
“Saya tidak pernah beritahu akan kahwin dengan Lisa sama ada pada tahun 2012 atau 2013. Memang saya akui kami mempunyai hubungan tetapi kami belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin,” katanya perlahan tetapi dengan nada serius.

Akhirnya Yusri Kru telah membuat kenyataan yang beliau dan lisa surihani akan berkahwin awal tahun depan. Tapi takpe, Demi Lisa Surihani kami akan doakan yang terbaik untuk dirinya..



 Moga betullah dan Berkekalan Hingga Keakhir hayat..Amin..

No comments:

Post a Comment