Search This Blog

Thursday, October 27, 2011

Akhirnya Yasmin Hani berkahwin dengan Pilihan Hatinya

KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2011: Majlis resepsi pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani Richardson, 32 bersama pasangannya Sha'arin Mohamed, 47 telah berjalan dengan penuh meriah di Duchess Place, Jalan Ampang di sini sebentar tadi.
Acara telah diberkati dengan kehadiran kedua belah mempelai dan rakan terdekat di dalam khemah istimewa yang memuatkan lebih 200 orang tetamu.
Berseri dengan persalinan serba putih rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat dan solekan dari Chot, resepsi telah disemarakkan dengan persembahan daripada Atilia, Amir Johari dan Salamiah Hassan.
Mereka telah selamat diijabkabulkan di lokasi yang sama pada sebelah petang (selepas solat Jumaat) dengan mas kahwin sebanyak RM80.
Rombongan pengantin lelaki telah membawa tujuh dulang hantaran disertakan duit hantaran sebanyak RM32,000 termasuk sebentuk cincin, sireh junjung, beg tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.
Manakala pihak pengantin perempuan telah membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sireh junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.





No comments:

Post a Comment