Search This Blog

Saturday, August 7, 2010

TEKA - TEKI....

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
2. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan.????
3. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
4. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
5. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
6. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
7. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
8. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
9. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
10. Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?











Jawapan:-
1. Pingguin
2. Telur
3. Donut
4. Pengail ikan
5. Tikus kerana tikus kalu berjalan ekor meleret ke tanah
6. Tapak kaki
7. Nampak pembohong la..mana ada kura2 panjat pokok..hahaha...
8. gasing
9. Batang hidung
10. Sebab dia nak fikir nak buang air kecil x boleh2..hihihi..

Tuesday, August 3, 2010

Pepatah...

1. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu....
2. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
3. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
4. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
5. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
6. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
7. Patah tumbuh, hilang report polis.
8. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
9. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
10. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
11. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
12. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
13. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
15. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
16. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
17. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
18. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
19. Membujur lalu melintang pukang
20. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blahlah!
21. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
22. Sehari selembar benang lama-lama benang habis
23. Secupak takkan jadi 10 cupak
24. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
25. Ikut hati mati, ikut rasa merasa